SPECIAL ADS

28 Mei 2013

Najib : Tunjukkan saya di mana Mat Bangla mengundi !!!



28 Mei : Najib ulangi lagi, BN tidak mencuri kemenangan PR dan mencabar PR atau sesiapa saja menuduhnya menipu supaya "Tunjukkan saya di mana Mat Bangla mengundi, kalau ditunjukkan antara tempat terbanyak ada Mat Bangla mengundi ialah Pekan, dia akan kata itu bukan Mat Bangla, itu Banglasia, salah satu etnik warga negara yang sah, tak percaya tengok IC mereka walaupun tiada surat beranak atau sijil kerakyatan.Lagipun surat beranak atau sijil kerakyatan tidak diperlukan untuk mendaftar sebagai pengundi, cuma IC memadai, kata pengerusi SPR pula.

Semuanya mengikut perlembangaan jadi kepada rakyat yang mahu menyatakan bantahan atau rasa tidak puas hati mesti ikut perlembagaan.Itu kata Najib di depan menteri yang ada meh(iras) Bangla, KJ dan Sabri Chik.


Tiada penipuan kerana warga negara etnik Banglasia ialah warga negara yang sah mengikut perlembagaan.Rakyat mesti terima keputusan PRU 13, tegas Najib  lagi di festival belia 2013. Tapi malangnya puluhan rakyat yang berhimpun di Amcorp Mall tidak percaya sebab Najib menipu dalam terang, tiada selindung langsung.
Parlimennya sendiri sudah menyaksikan seribu satu jenis menipuan dan rakyat kebanyakkannya menolak etnik Banglasia sebagai warga negara kerana pemberian taraf warga negara itu sendiri tidak mengikut perlembagaan walaupun Najib mahu rakyat ikut perlembagaan.


Tiada guna rakyat disuruh ikut perlembagaan sedangkan dia sendiri tidak mahu mengikut perlembagaan.Kini rakyat bersiap sedia untuk memboikot produk mana mana syarikat yang bersubahat dengan BN, antara yang didengari sudah diboikot ialah Petronas kiosk dan KFC serta senarai boikot akan lebih panjang yang merangkumi  akhbar pengampu dan mungkin juga bank tempatan seperti Maybank,CIMB BIMB dan Ambank.

Najib boleh lihat sendiri kekuatan rakyat yang berdiri di belakang PR, boleh rasai sendiri gelombang bantahan penipuan rakyat dan selepas ini kalau Najib mahu terus menafikan penipuan itu, Najib akan berdepan dengan rakyat.

Samada Najib mengaku melakukan semua penipuan itu atau berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat.Kesudahannya mungkin tidak baik untuk kesihatan Najib kalau dia memilih melawan gelombang kebangkitan rakyat.

Senik

Tiada ulasan: