SPECIAL ADS

9 Mei 2013

28 penceramah perhimpunan Pakatan akan disiasat kerana hasutan


09 Mei : 8 daripada 33 penceramah di perhimpunan mega Pakatan Rakyat malam tadi di Selangor membuat kenyataan yang melanggar Akta Hasutan, dan akan disiasat, kata polis.

Menurut laporan akhbar-akhbar Cina hari ini, Ketua Polis Selangor memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka akan dipanggil untuk siasatan.

Ketua Polis Selangor itu dilaporkan berkata polis telah menasihatkan Pakatan supaya menangguhkan perhimpunan tersebut tetapi tidak diterima, menyebabkan berlaku bkesesakan lalulintas yang teruk.

Beliau mengingatkan bahawa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak polis memerlukan notis 10 hari.

Dianggarkan 120,000 orang membanjiri perhimpunan Pakatan di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Tiada ulasan: