SPECIAL ADS

5 Mei 2013

Ali Rustam tewas di tangan Shamsul Iskandar

MELAKA  06 Mei : Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kejayaannya menewaskan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil pada Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai mengejutkan dan adalah kemenangan bagi generasi muda.

"Saya tidak jangkakan kemenangan besar ini dengan majoriti 5,447 undi menewaskan gergasi politik Melaka (Mohd Ali), yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka dan Anggota Majlis Tertinggi," katanya kepada pemberita di Ayer Keroh selepas diumum sebagai pemenang pada kira-kira 1 pagi.

Shamsul Iskandar, 38, seorang peguam dari Kesang, Jasin memperoleh 46,167 undi menewaskan Mohd Ali, 63, yang mendapat 40,720 undi.

Ini adalah percubaan ketiga beliau pada pilihan raya umum selepas tewas kepada dua calon BN iaitu Idris Haron pada 2004 di Parlimen Tangga Batu dan Matulidi Jusoh di Parlimen Dungun pada 2008.

Beliau berkata, kemenangan bersejarah PKR di Bukit Katil adalah satu permulaan dalam misi pakatan pembangkang menawan Melaka pada pilihan raya umum akan datang

Tiada ulasan: