SPECIAL ADS

6 Mei 2013

Anwar Tuntut SPR Baru


SHAH ALAM 07 Mei : Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada sekarang digantikan dengan sebuah suruhanjaya baru yang lebih bebas, adil dan telus untuk mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.
Ini katanya kerana sepanjang proses pilihan raya yang berakhir dengan hari pengundian kelmarin, pihaknya mengesan banyak kelemahan yang sekali gus menafikan kemenangan pakatan pembangkang.

"Kita (Pakatan Rakyat) sepatutnya menang pilihan raya ini kerana kita dapat 50.3 peratus undi popular berbanding BN (46.8 peratus)," katanya.

"Saya akan mengabdikan tenaga dan masa saya untuk bekerja dengan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) untuk memastikan pilihan raya umum yang adil dan bersih terus diperjuangkan," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak boleh terima pilihan raya yang dimenangi dengan cara penipuan dan taktik kotor.

Sebelum ini katanya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan SPR mengumumkan untuk mengadakan pilihan raya yang bebas dan adil tetapi pilihan raya kali ini didakwa masih berlaku penipuan.

“Saya akan berusaha ke arah konsensus kebangsaan untuk mempersoalkan kesahihan kerajaan BN yang dicapai melalui penipuan pilihan raya, ” katanya.

Tiada ulasan: