SPECIAL ADS

5 Mei 2013

BN salah strategi di Lembah Pantai dan Pandan


PANDAN 06 Mei :  Strategi yang dirancang Barisan Nasional (BN) dengan menamakan tiga calon muda Pakatan Rakyat (PR) di Lembah Klang yang perlu dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ternyata silap dan tidak berhasil.

Tiga nama tersebut ialah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara).

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, apa yang direncanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya memberi kelebihan kepada "kami bertiga."

"Mereka sebenarnya telah melancarkan satu tektik peperangan yang salah kerana hasilnya hanyalah melahirkan rasa simpati rakyat kepada kami yang akhirnya menyumbang kepada undi yang sangat berharga.

"Dia kena sedar bahawa pengundi di Malaysia pada hari ini lebih gemar memilih sesuatu yang lebih segar, muda dan baru," katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Menurutnya lagi, kejayaan besarnya mengalahkan calon BN Gary Lim Chin Yee dengan mejoriti besar sebanyak 26,729 tidak pernah disangka.

"Walaupun kami memang yakin mampu menang di sini, tetapi tidak menyangka kemenangan dengan mejoriti yang besar sebegini, anggaran mejoriti hanyalah sekitar 5,000 undi.

"Ia sebenarnya memperlihatkan mentaliti pengundi di Pandan yang tidak menerima politik perkauman dan politik kotor yang dibawa BN," katanya.

Rafizi tidak menolak kemungkinan mejoriti kemenangan besarnya ini juga disebabkan BN tidak mencalonkan penyandang parlimen tersebut, Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Ya, itu memberi kelebihan kepada kami untuk menang besar di sini, tetapi jika Tee Keat bertanding sekalipun, kami tetap yakin mampu mengalahkannya.

Selain menyingkirkan calon BN, Rafizi yang memperolehi sebanyak 48,183 undi turut mengalahkan calon bebas, Allan Tan Yew Leng yang mendapat 2,415 undi.

Tiada ulasan: