SPECIAL ADS

6 Mei 2013

Calon MB Selangor diputus dalam masa seminggu

SHAH ALAM 06 Mei : Setelah memenangi bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor yang hampir bersamaan jumlahnya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Ahad, gabungan parti-parti Pas, PKR dan DAP (PR) akan memutuskan calon yang sesuai untuk menyandang jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.
   
Keputusan itu akan diketahui dalam masa seminggu apabila pucuk pimpinan PR mengadakan mesyuarat bagi memutuskan mengenai perkara itu.
   
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PR akan menentukan calon Menteri Besar kerana ia telah berjaya mengekalkan kuasa di Selangor setelah memperoleh mandat dua pertiga majoriti bagi meneruskan pentadbiran di negeri itu.
   
Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PR Selangor berkata perlantikan anggota Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri Selangor pula akan diumumkan seminggu selepas Menteri Besar baru mengangkat sumpah.
   
"Soal pentingnya, bakal calon MB diputuskan pimpinan PR mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya pada sidang akhbar di kompleks kediaman Exco Selangor di sini hari ini.

Gabungan parti-parti pembangkang Pas, PKR dan DAP di Selangor telah memenangi 44 daripada 56 kerusi Dun di negeri itu, manakala Barisan Nasional (BN) pula menguasai 12 lagi kerusi Dun yang selebihnya itu pada PRU13 semalam.
   
Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi Dun semalam manakala PKR memenangi 14 kerusi.
   

Tiada ulasan: