SPECIAL ADS

5 Mei 2013

Kelantan tetap milik Pas

KOTA BHARU 06 Mei :  Pas Kelantan berjaya mengekalkan pemerintahan negeri selama 23 tahun dengan memperoleh majoriti dua pertiga dalam  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pilihan raya yang dianggap sengit semalam, Pas  dan sekutunya PKR berjaya memperoleh 31 kerusi berbanding 14  kerusi dari Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun prestasi Pas negeri pada  pilihan raya kali ini jauh merosot berbanding PRU12 apabila BN berjaya menambah bilangan kerusi dari enam kepada 14 kerusi.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertanding di kerusi Dun Chempaka tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusinya dengan memperoleh majoriti 6,500, lebih besar berbanding PRU 12 iaitu majoriti  iaitu 4,249.

Mursyidul Am Pas itu memperolehi undi sebanyak 12,310 manakala calon BN, Wan Razman Wan Abdul Razak memperolehi 5,810.

Seperti yang dijangka , Datuk Seri Mustapa Mohamed berjaya mempertahankan kerusi  Parlimen Jeli dengan majoriti lebih besar 5,269. Beliau turut menang  di kerusi Dun Air Lanas dengan majoriti kecil 47 undi.

Meskipun tewas di kerusi Parlimen Putrajaya, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berjaya menpertahakan kerusi Salor dengan menewaskan calon  BN Nordin Awang denga majoriti 6,548.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) , Tan Sri Annuar Musa kembali ke Parlimen dengan menewaskan penyandang, Abd Aziz Kadir dari PKR dengan mojoriti tipis 974 undi.

Apa yang mengejutkan calon Parlimen  BN Kota Bharu, Datuk Mohd Fatmi Che Saleh tewas besar kepada Exco Kerajaan Negeri  Datuk Takiyuddin Hasan dengan majoriti 15,970. Fatmi mendapat 24650 manakala Takiyuddin mendapat 15,970.

Bagi parlimen Pasir Mas, calon Bebas Datuk Ibrahim  Ali tewas kepada calon Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dengan mojoriti 8,047. Ibrahim mendapat  25,384 undi manakala Nik Abduh berjaya memperoleh 33431 undi.

Sementara itu, calon BN Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya mengalahkah calon Pas, Datuk Wan Rahim Abdullah dengan majoriti 8,413.

Tiada ulasan: