SPECIAL ADS

13 Mei 2013

Kita sanggup terima kekalahan , tetapi tidak penipuan!


14 Mei : Apa ceritanya dengan Dewan Ulama PAS tidak sokong perhimpunan bagi membantah penipuan dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini ?

Ketua Dewan Ulama, Harun Taib minta semua pemimpin Pakatan Rakyat menerima keputusan rakyat.

Apakah Harun Taib tidak tahu tentang penipuan SPR dan parti pemerintah? Adakah Harun Taib redha dengan penipuan tersebut?

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai perhimpunan pertama di Kelana Jaya dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. 

Tidak ketinggalan puluhan ribu juga berkumpul di perkarangan Masjid Rusila dalam himpunan gergasi rakyat Terengganu bersama PAS.Mereka memenuhi perkarangan masjid itu dan mendengar ucapan dari pimpinan PAS dari Dewan Terbuka Tok Guru yang terletak di sebelah masjid itu.


Tapi selang  beberapa hari selepas keluar kenyataan Harun Taib di atas itu, Presiden PAS Haji Hadi turut jadi tidak menentu, hilang pendirian....Dia serahkan kepada rakyat buat pendirian ?


Kita perlu dedahkan penipuan yang mereka lakukan.Isu dakwat kekal yang tidak kekal, pengundi warga asing, lampu padam ketika pengiraan undi, kotak undi yang jatuh dari helikopter yang membawa dan pelbagai cerita lagi. 

Kelmarin Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan sepanjang minggu ini, 237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 dari 27 kawasan di seluruh negara.


Kalau PAS Perak masih akur dan patuh dengan Presiden dan Ketua Ulama mereka, tak payahlah susah-susah buat petisyen.Lebih baik pakat-pakat tunggu pengadilan di akhirat nanti....

Petisyen adalah satu kaedah tuntutan. Tapi kaedah ini memerlukan "energy" (tenaga) untuk menggerakkannya. Perhimpunan rakyat itulah tenaganya.

Bukankah Presiden PAS itu pernah menyeru kita supaya menumpukan seluruh tenaga untuk menyokong Pakatan rakyat? Kenapa nada lagu berubah setelah PRU13? sumber

Ulasan : Mungkin letih? Bertenang dulu? 

Tiada ulasan: