Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tuntutan gaji minima sudah disuarakan berkali-kali oleh pihak kesatuan sekerja.
“Kami berpendapat tuntutan itu adalah munasabah dan sepatutnya dipenuhi oleh kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, gerakan pekerja sedunia telah mengiktiraf bahawa gaji minima adalah suatu hak yang sepatutnya diberi kepada semua pekerja yang sah tanpa mengira pekerja tempatan ataupun pekerja asing.
Tambahnya, Mapim berpandangan seorang pekerja yang mencurah keringat sama ada pekerja awam atau swasta tetap menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
“Mendiskriminasi pekerja adalah zalim dan tidak diterima berasaskan prinsip Islam. Islam menekankan keadilan untuk pekerja dan ia mesti dilaksanakan oleh majikan untuk pekerja dengan saksama,” katanya lagi.
Menurutnya, memandangkan sistem ekonomi yang yang kini sedang berjalan didominasi oleh sistem pasaran bebas, pekerja terdedah kepada penganiayaan apabila syarikat swasta lebih terdorong untuk mengurangkan kos dan memaksimakan keuntungan.
Beliau berkata, Mapim tidak bersetuju levi dipindahkan kepada pekerja atas dasar majikan tidak mahu menanggung kerugian bila pekerja meninggalkan kerja.

Sepatutnya, kata beliau mekanisme yang lebih adil dilaksanakan agar pekerja yang mencurah keringat untuk mencari nafkah hidup dan memajukan syarikat mahupun agensi awam, tidak dianiaya oleh majikan.
Katanya, andaian dan kes yang terkecuali bila pekerja menyalahguna dan mengambil kesempatan atas permit kerja, tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka ditekan untuk membayar levi.
“Kami tetap menyarankan budaya dan etika kerja Islam yang ada di negara ini dijadikan asas perhubungan antara majikan dan pekerja di negara ini.
“Sudah sampai masanya majikan memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada pekerja sama ada pekerja tempatan mahupun pekerja dari luar yang telah menyumbang kepada pembangunan negara,” ujarnya.
Beliau menambah, majikan perlu mengamalkan pengurusan yang adil dan menjaga kebajikan pekerja, manakala pekerja pula perlu melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan upah yang dipersetujui dengan sebaik mungkin dan penuh bertanggungjawab.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan