SPECIAL ADS

8 Mei 2013

MCA desak Chua Soi Lek letak jawatan

KUALA LUMPUR 08 Mei : Selepas kalah dengan teruk dalam pilihan raya umum ke 13, para pemimpin kanan MCA mendesak presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan jawatan segera.

Bagi mereka, Chua gagal dalam memahami sentimen masyarakat Cina sehingga ditolak dengan teruk bahkan paling teruk dalam sejarah politik negara.

Tiga dari pemimpin MCA iaitu ahli Jawatankuasa Pusat, Lee Wei Kiat (Pengerusi bahagian Subang), Liew Yuen Keong (Pengerusi Bahagian Serdang) dan Tan Chong Seng (Pengerusi bahagian Kuala Selangor) mendesak Chua meletakkan jawatan segera.

Dalam PRU 13 ini, Chua mengambil sikap menentang secara bersungguh-sungguh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menghina syariat Islam.

Antara kempen MCA adalah undi DAP = undi PAS = sokong hukum hudud.

Iklan-iklan mengenainya dibeli MCA dan diletakkan dalam akhbar-akhbar harian negara.

Dalam pilihanraya kali ini, dari 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya, MCA hanya menang tujuh kerusi.

Dari 90 kerusi DUN yang ditandingi MCA pula, parti cauvenis Cina itu hanya menang 11 kerusi.

Hampir kesemua kerusi yang ditandinginya dimenangi oleh DAP yang dilihat lebih lembut bahkan menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

"Perpecahan dalaman yang semakin meluas, cenderung kepada puak dalam pemilihan calon dan kritikan yang tidak wajar Chua kepada masyarakat Cina telah merosakkan lagi imej parti," kata kenyataan ketiga-tiga pemimpin MCA itu.

"Kami mendesak presiden MCA meletakkan jawatan daripada semua jawatan parti kerana dia sudah menjadi bebanan kepada parti," kata mereka dalam kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini.

Tiada ulasan: