SPECIAL ADS

10 Mei 2013

Memo: Perhimpunan #tipu 505


Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memahami aspirasi dan hak rakyat untuk berkumpul. Perhimpunan #tipu505 yang diadakan di Kelana Jaya dua hari lalu membuktikan bahawa penipuan pilihanraya adalah isu nombor satu negara yang memerlukan penyelesaian segera, seperti yang disuarakan oleh lebih seratus ribu rakyat pelbagai kaum yang hadir pada hari itu.

TURUN TURUN TURUN
TURUN TURUN
TURUN



KEADILAN yakin bahawa suara rakyat ini perlu dibawa dan diperjuangkan. Tindakan menerima keputusan pilihanraya yang ditentukan oleh penipuan dan pengundi warganegara asing ini mengkhianati hak dan suara rakyat.

Oleh itu, gelombang #tipu505 ini akan terus dibawa ke seluruh negara. Perhimpunan yang sama akan turut diadakan di negeri-negeri berikut:

Sabtu, 11 Mei 2013 – Pulau Pinang @ Stadium MPSP, Bukit Mertajam  

Ahad, 12 Mei 2013 – Perak @ Medan Istana, Ipoh
Selasa, 14 Mei 2013 – Pahang @ Kuantan (tempat diumumkan kelak)
Rabu, 15 Mei 2013 – Johor @ Johor Bahru (tempat diumumkan kelak)


Saya juga menyeru supaya semua rakyat Malaysia memakai baju atau apa-apa symbol hitam esok (Sabtu, 11 Mei 2013) sebagai tanda bantahan dan penolakan penipuan pilihanraya yang dibuat oleh Dato’ Seri Najib Razak dengan kerjasama pimpinan atasan SPR.


KEADILAN telah menubuhkan 2 pasukan utama untuk menangani gerakan menolak keputusan pilihanraya akibat penipuan berleluasa.


Satu pasukan Panel Penyiasat Penipuan PRU13 (P4) diketuai oleh saya sendiri yang bertanggungjawab mengumpul semua bukti untuk dibawa ke pengetahuan umum agar mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan. Hasil dari siasatan ini akan digunakan untuk memfailkan petisyen pilihanraya di mahkamah, selain dari tindakan khusus terhadap individu yang terlibat di dalam penipuan pilihanraya termasuklah tindakan undang-undang terhadap mereka.


Saya akan menghuraikan skop tugasan dan mekanisme dalam satu siding media pada jam 9 pagi, Isnin 13 Mei 2013 di ibu pejabat KEADILAN.

Buat masa ini, sebarang bukti dan maklumat mengenai penipuan boleh dihantar kepada siasatpru13@gmail.com


Pasukan kedua diketuai oleh Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN yang bertanggungjawab menguruskan gelombang #tipu505 di seluruh negara.

RAFIZI RAMLI

Pengarah Strategi10 MEI 2013 

Tiada ulasan: