SPECIAL ADS

6 Mei 2013

Pakatan Rakyat Sudah Menang Dimata Dunia



07 Mei : “Penipuan undi, boleh menjejaskan kredibiliti  Najib, terutama di kalangan pengundi bandar. Bagi rakyat, Najib tidak akan menjadi pemimpin yang sah, " Kata Bridget Welsh, seorang profesor sains politik di Universiti Pengurusan Singapura dan seorang pemerhati jangka panjang politik Malaysia.
Sedikit pandangan daripada luar tentang perjalanan politik kita.. Orang luar boleh menilai… apatah lagi kita? Jangan biarkan negara kita diboikot oleh media asing atau KONGLOMERAT SERTA PLUTOKRAT ASING kerana pilihan raya sendiri adalah imej dan basic serta akar tunjang kepada permulaan pentadbiran setiap 5 tahun sekali. Ironinya siapa mahu berurusan dengan PENIPU? Mungkin kah akan lari semua pelabur-pelabur asing daripada Malaysia? Atau mungkin kah ekonomi negara kita ini akan merudum dan jatuh kerana lebih kurang RM500 juta telah dibelanjakan untuk pilihan raya kali ini demi mengekalkan kuasa.. anda tidak akan percaya dengan pembaziran ini adalah demi membela nasib rakyat… 500 JUTA DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI SETAHUN??!!! Apa yang rakyat dapat?? 500juta ini boleh digunakan untuk saham atau bisnes yang menguntungkan serta boleh dinikmati hasilnya bertahun-tahun bukan hanya sehari atau dua hari.. Kerajaan Malaysia tidak akan mampu membayar semua hutang dalam setahun permulaan pentadbiran.. 

Hutang Berbilion ringgit atas projek-projek Mega sebelum ini juga tidak mampu terusik atau mungkin akan bertambah.. Mungkin dalam masa tiga tahun pemerintahan pun keadaan tetap begitu malah lebih buruk.. Keadaan cuaca, persekitaran antara faktor kecil kepada peningkatan dan penurunan ekonomi Malaysia.. Diharapkan penggal ini Bencana alam tidak hinggap di Malaysia.. Kerana setiap kali bencana, menjejaskan semua urusan dan masyarakat mula meminta-minta bantuan daripada kerajaan untuk meneruskan hidup.. Kita lihat apa yang Najib boleh buat.. Dendam kesumat rakyat tidak mungkin dapat dilenyapkan begitu sahaja.. Hak asasi manusia diketepikan.. mungkinkah ada badan-badan dunia yang terpanggil menuntut bela atas penindasan terhadap rakyat Malaysia?? kita tunggu keputusan PROTES PRU13!!

Era Pasca

Tiada ulasan: