SPECIAL ADS

12 Mei 2013

PR teruskan Himpunan Blackout 505 di Ipoh

PR teruskan Himpunan Blackout 505 di Ipoh

IPOH 12 Mei :  Himpunan Blackout 505 diteruskan dengan kehadiran ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) biarpun pihak polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Bertempat di pekarangan Pejabat PKR Negeri Perak, Medan Istana di sini, suasana cukup 'meriah' dengan tepukan hadirin setiap kali penceramah naik ke atas pentas selain bunyi tiupan vuvuzela.

Beberapa wakil rakyat dan pemimpin PR menyampaikan ucapan ringkas sementara menanti kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sungguhpun himpunan dibuat dalam kawasan terbuka dan penuh sesak, orang ramai langsung tidak berganjak mendengar ucapan beberapa pemimpin PR.

Kesemua ucapan terarah kepada rasa tidak puas hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dalam menguruskan pilihan raya.

Tiada ulasan: