Jabatan Imigresen Australia berkata ia tidak menolak kemungkinan Sirul Azhar Umar memberi temubual media jika proses permohonan yang sepatutnya dipenuhi.
"Secara umumnya, jabatan ini tidak membolehkan temu bual dalam pusat tahanan atas sebab-sebab operasi," jurucakap menteri Imigresen, Peter Dutton, memberitahu akhbar AustraliaThe Age.
Bagaimanapun, jurucakap yang tidak dinamakan itu berkata sehingga ini jabatan tersebut tidak meluluskan sebarang temu bual television dengan Sirul Azhar Omar yang dihukum gantung di Kuala Lumpur yang kini sedang ditahan di pusat tahanan Villawood di Sydney.
Sirul Azhar Umar sebelum ini dilaporkan berkata dia sedang berunding dengan stesen televisyen Australia untuk temubual di mana beliau akan mendedahkan siapa yang didakwanya mengarahnya untuk menembak wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Manakala semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau akan mengadakan sidang media melalui telefon bersama Sirul yang kini berada di Australia.
MP Pokok Sena itu berkata sidang media akan berlangsung selama 15 minit bermula jam 11.30 pagi Isnin ini di ibu pejabat parti itu dengan menggunakan pembesar suara dan media dijemput menghadirinya.
Sirul, bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak, memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam temu bual media dalam Villawood, di mana dia ditahan sejak ditangkap di Queensland pada 20 Januari.
Dalam komennya, Najib menyifatkan sebagai "mengarut"dakwaan Sirul yang dia bertindak atas arahan. Sirul juga dilaporkan mendakwa “orang penting yang mempunyai motif” dalam kes itu masih bebas.
Bulan lalu Mahkamah Persekutuan mensabitkan Sirul dan seorang lagi bekas anggota pasukan elit polis, Azilah Hadri dengan kesalahan membunuh Altantuya dan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-duanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan