SPECIAL ADS

16 Februari 2015

CEO 1MDB cuba bodohkan rakyat

ceo
PETALING JAYA: Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy cuba memperbodohkan rakyat melalui kenyataan yang mengelirukan.
Beliau berkata, CEO 1MDB itu selalu memberikan kenyataan yang memutarbelitkan fakta dan bukan menjawab persoalan yang dibangkitkan.
“Ianya amat mudah dan senang. Kita hanya tanya Arul Kanda kenapa 1MDB harus berhutang untuk membayar hutang? Di manakah duit 1MDB berada masa kini? ” soalnya dalam kenyataan media kepada Free Malaysia Today.
Beliau menambah, “Arul Kanda kata kedudukan kewangan dan prestasi 1MDB amat teguh tetapi malangnya mereka terpaksa berhutang untuk bayar sejumlah RM2 billion hutang Maybank dan RHB Capital Bhd.”
Khairuddin turut mengulangi gesaannya sebelum ini berhubung status wang yang ditebus daripada pelaburan di Cayman Islands.
Menurut beliau, Lembaga Pengarah dan Presiden 1MDB gagal memberi jawapan berkenaan keberadaan wang berjumlah RM8.3 billion.
Sehubungan itu ujarnya, Arul cuba menegakkan benang basah apabila gagal memberi penjelasan mengenai kedudukan kewangan syarikat milik kerajaan itu.
“Arul Kanda jangan terlalu banyak membuat kenyataan untuk memutarbelitkan fakta. Arul Kanda kena berani bercakap fakta yang hakikat, seterusnya memperbetulkan segala kelemahan yg sedang melandai 1MDB.
“Arul Kanda mesti bertindak secara jujur utk mengambil satu pendekatan proaktif bagi menyelesaikan kemelut 1MDB,” katanya.
Beliau juga mencabar CEO 1MDB itu untuk menyenaraikan hutang dalam dan luar negara syarikat tersebut serta membentangkannya kepada rakyat.
“Begitu juga dengan menyenaraikan keseluruhan aset 1MDB agar rakyat lebih jelas dan faham akan kedudukan 1MDB pada masa kini. Arul Kanda juga mesti menjelaskan tentang kedudukan serta ‘employment’ di dalam 1MDB.
“Adakah Arul Kanda dilantik dan digajikan oleh 1MDB ataupun adakah hanya bersama 1MDB untuk menjaga kepentingan syarikat kewangan dari Abu Dhabi?” soal Khairuddin. FMT

Tiada ulasan: