SPECIAL ADS

4 Februari 2015

Kabinet 2015 ‘tunggul kayu’, ibarat ‘analogi tiga beruk’

LKS_Forum_Tun_Razak
GELANG PATAH : Barisan kabinet 2015 adalah antara yang paling gagal sepanjang sejarah 58 tahun Malaysia, kata Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Dalam surat terbukanya Kit Siang menyelar sikap menteri, terutamanya dari UMNO yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.
“Nampaknya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir pun tidak iktiraf Kabinet, di samping menyifatkan mereka ‘tidak berguna’.
“Manakala Tun Daim pun tak kalah menggelar menteri kabinet sebagai ‘tunggul kayu’.
“Tindak-tanduk kabinet 2015 seolah-olah membenarkan apa yang dikatakan Mahathir dan Daim,” kata Kit Siang dalam surat terbukanya hari ini.
Kata Kit Siang, hanya untuk Januari 2015 sahaja, kabinet telah gagal dalam banyak perkara.
Ia termasuk kegagalan menubuhkan suruhanjaya siasatan awam bencana banjir, tindakan terhadap Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi yang berbohong mengenai surat terkenalnya, serta gagal menghentikan pencerobohan hak asasi manusia keatas staf universiti, mahasiswa, bahkan kartunis.
“Hari ini, Kabinet 2015 akan menghadapi ujian. Apa mereka akan buat terhadap Menteri Pertanian Ismail Sabri yang menyeru orang Melayu memboikot perniagaan orang Cina, yang mengapi-apikan kebencian agama dengan mengatakan pimpinan DAP anti Islam.
“Ismail Sabri juga bertanggungjawab berbohong kononnya Melayu ditindas orang Cina Apa tindakan Kabinet berhubung isu Ismail Sabri ini? Adakah mereka akan layan dia sebagai hero?
“Atau mereka ibarat analogi beruk, yang ada mata tapi tak melihat, ada telinga tapi tak mendengar, dan ada mulut tapi bercakap?” sindir Ahli Parlimen Gelang Patah itu. 
Roketkini.com

Tiada ulasan: