Kenaikan Harga Barang Naik dan Mahal di Malaysia? Ayuh Boikot Peniaga Cina? Setuju? Apabila berlaku kenaikan harga barang di Malaysia, kerajaan Malaysia “mengistiharkan perang” terhadap peniaga Cina dengan mengajak rakyat Malaysia boikot peniaga Cina. Wahai menteri, bukankah peniaga Cina ini adalah rakyat kamu yang terus mengabdikan diri membayar cukai kepada kerajaan Malaysia.
Sepatutnya seorang yang bergelar menteri wajar memberikan tekanan kepada mana-mana peniaga dan memboikot mana-mana peniaga yang jual pada harga yang melampau.
BACA SINI : GST Malaysia : Kenaikan Harga Barang Naik di Malaysia Hanya 1.8% Sahaja. Ini Jaminan Kerajaan! Berpuas Hati?
Boikot Peniaga Cina Selesai Masalah Kenaikan Harga Barang Naik di Malaysia?
Mengapa dalam bercakap itu, perlu menambah masalah lain? Mengapa?
- Tak perlu sebut bangsa jikalau mahu berbicara
- Tidak perlu nampak rasis ketika menyampaikan kritikan
- Adakah menteri suka melihat rakyat berpecah belah rakyat dengan isu-isu perkauman dek kerana mahu menjadi hero kepada bangsa lain?
Begitu mudah menjadi seorang menteri? Senang betul menggunakan kenyataan “melepaskan diri”?
- Adakah Tesco kepunyaan cina?
- Adakah Aeon kepunyaan cina?
- Adakah Giant kepunyaan cina?
- Adakah Mydin kepunyaan cina?
- Adakah Aeon Big kepunyaan cina?
Memang beginikah cara menteri dan ahli politik menangani sebarang isu berbangkit di Malaysia?
Cadangan Boikot Peniaga Cina?
Salahkan, Yahudi, India, Mat Saleh, Israel, China, Indonesia dan lain-lain lagi? Jikalau beginilah…nampaknya Datuk Seri Najib perlu berkira-kira untuk menganjak lagi tempoh untuk negara Malaysia mencapai Wawasan 2020 pada masa akan akan datang.
Sampai bila rakyat Malaysia perlu disogokkan dengan skrip lama tahun 60,70,80,90 an yang masih berterusan dikompang sehingga ke hari ini?
- Lesen import gandum, jagung, susu, ajinomoto, beras, sayur, ikan, rempah ratus, produk asas petroleum, produk menghasilkan pakaian, alat ganti kenderaan, dan lain-lain yang diimport siapa yang luluskan?
- Dan kenapa tidak letak syarat harga dalam lesen import itu atau syarat dapat kelulusan KHEP dahulu. Mengapa?
- Ada 2 pilihan sekarang ini, nak “let go side income” puak-puak lintah darat ataupun mahu mengawalnya secara radikal daripada sekarang demi kepentingan rakyat marhaen di Malaysia. Yang mana satu wahai menteri?
Menteri ramai Melayu, PM melayu, pinjaman untuk bumiputera pun ada….tetapi masih nyanyi “lagu anak kecil bermain api“?? Something is not right somewhere….
Kepada menteri, jikalau mahu harga murah kena lihat daripada aspek makroekonomi. Bukan boikot dan tekan peniaga turun harga. Jikalau sekadar “begging”, ramai lagi yang lebih layak jadi menteri.
- Hapuskan segala monopolo gula, beras, elektrik dan senangkan segala pengurusan import.
- Hapuskan segala rasuah seperti negara maju.
- Ini semua kos yang akan ditanggung akhirnya oleh end user
P/S : Sepatutnya selepas 13 Mei 1969, bangsa Melayu sudah berada sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia. “Bukan hanya segelintir” sahaja yang mendapat keuntungannya.
PP/S : Mohon ahli politik dan menteri di Malaysia bangkit segera dengan beraninya membuat satu ketetapan yang membela nasib rakyat marhaen di Malaysia terhadap “monopolist” seperti TM, UEM, Astro, Bernas, TNB dan lain-lain lagi yang sebenarnya mempunyai pengaruh yang cukup kuat mengawal harga barang dan kos sara hidup di Malaysia.
PPP/S : Boleh atau tidak menteri apabila diberikan tanggungjawab dan amanah oleh rakyat, bekerja lebih sedikit, jangan hanya tuding jari jer…siasat habis-habisan.
PPPP/S : Apabila ekonomi negara bagus, ini bermakna kerajaan pandai memerintah. Apabila ekonomi jatuh, ini salah “taikun Cina”. Tidak sukar menjadi kerajaan pusat sebenarnya.
PPPPP/S : Serupa ayat Datuk Seri Najib Razak, “masa harga kangkung naik, kenapa salahkan kerajaan, masa harga kangkung turun, kenapa tak puji kerajaan?”
beritasemasa.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan