SPECIAL ADS

11 Mei 2013

Azmin Sokong Khalid Jadi MB Selangor




PETALING JAYA 12 Mei : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali pada Sabtu men'tweet' bahawa beliau mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
"Kita harus menyokong Khalid untuk kekal.

"Fokus saya kini adalah menjadi Ahli Parlimen yang efektif," kata Azmin dalam laman Twitternya.
Beberapa hari selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan negeri Selangor, Azmin berkata menteri besar yang baru tidak perlu 'pak turut' yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain.

Gelaran 'pak turut' itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.

Pada sidang media Jumaat lalu, Azmin tanpa berselindung menyalahkan Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Istana Selangor pada Khamis tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan PKR Selangor, termasuk beliau.

Azmin turut mempertahankan diri daripada dikatakan kemaruk jawatan Menteri Besar kerana beliau telah menolak tawaran pada ketika itu bagi mengelakkan masalah perpecahan dan kestabilan dalam PKR.
Sejak beberapa hari lalu, Azmin menimbulkan banyak persoalan apabila membuat beberapa kenyataan dalam Twitter yang dilihat mengkritik kepimpinan tertinggi PKR.

Tiada ulasan: