SPECIAL ADS

11 Mei 2013

Selepas PRU13, Ada YB Katak?


12 Mei : PRU 12 tahun 2008 dulu rakyat dipermainkan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat yang kita undi, tetiba ada yang hilang kewarasan akal dan pertimbangan yang dangkal satu demi satu melarikan diri dari rakan seperjuangan dan meninggalkan rakyat yang mengundi mereka kerana diburu nafsu benda dan RM.


Larilah mereka menjadi konon bebas, hakikatnya mereka bersekongkol dengan para pemimpin umno/BN yang angkuh, rakus, tamak dan gila kuasa yang tidak puas-puas sehingga tanah menutup mulut mereka.
Lari mereka meninggalkan perjuangan suci bersama rakyat yang dizalimi oleh para pemimpin rasuah dan gila memperkaya anak bini, adik beradik dan krooni-krooni.

Mereka mengadaikan diri, maruah dan perjuangan kebenaran dan keadilan dalam Negara ini. Nah apa yang terjadi kepada mereka yang telah melarikan diri dari perjuangan suci mulia ini, mereka menerima sendiri akibatnya.

Zulkifli Nordin, Gobalakrisnan, Bahrin, Ibrahim anak lelaki Ali,Dr Hasan Ali, Ezam anak lelaki Md. Nor dan ramai lagi. Walaupun mereka mahu berkokok seperti ayam jantan di pentas umno/BN, nilai mereka dah jatuh merudum kerana mereka sendiri mengadai diri, maruah dan jati diri mereka.

Dulu mereka dikerumuni sekalian rakyat jelata di mana saja mereka berada, kerana prinsip perjuangan mereka yang suci mulia. Setelah mereka berpatah balik ke lorong hitam kezaliman untuk bersekongkol bersama golongan perasuah, zalim, menentang kebenaran, kebaikan dan keadilan yang dirindui sekalian rakyat marhaen.
Dapatlah mereka setitik laba untung dari kebendaan, pangkat dan kedudukan yang diberikan oleh umno/BN sementara hidup ini.

Hakikatnya mereka mengalami kerugian yang lebih besar yang hanya mereka sendiri rasakan. Itulah antara kisas balasan bagi mereka yang lari daripada medan perjuangan suci mulia ini. Perjuangan membela rakyat yang dizalimi, perjuangan membebaskan rakyat, negeri dan Negara daripada para perasuah, pelahap, penipu rakyat yang berada ditampuk kuasa yang sementara.

Rakyat Malaysia tidak ingin lagi ada pemimpin yang berwatak sedemikian. Rakyat Malaysia tak nak lagi pemimpin-pemimpin yang tiada prinsip dan tiada pendirian.

Rakyat Malaysia nak pemimpin-pemimpin yang berwatak gah, hebat, tahan diuji, tidak mudah undur ke belakang walau sekuat manapun mehnah, ujian dan tekanan. Rakyat Malaysia benar-benar rindu dan sayangkan pemimpin-pemimpin yang tahan diuji seperti Tok Guru Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Mustafa Ali, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain.

Rakyat Malaysia menaruh harapan tertinggi setinggi-tingginya kepada seluruh saf pimpinan golongan muda Pakatan Rakyat PAS/PKR/DAP supaya tidak mudah digoda kebendaan, wang ringgit, pangkat dan kedudukan yang boleh meranapkan nilai diri yang tinggi dan mulia milik anda sekalian.

YB Azmin, YB Husam, YB Rafizi, YB Nasruddin, YB Nik Abduh, YB Anthony Loke, YB Teo Kok Siong, YB Samsul Iskandar, YB Nurul Izzah, YB Mumtaz, YB Dr Marzuk, YB Ahmad Baihaqi, YB Nik Nazmi dan lain-lain ramai lagi. Kalian semua merupakan ikon golongan muda rakyat Malaysia untuk membawa perubahan berterusan dalam Negara ini.

Jika anda semua kecundang kepada hawa nafsu serakah berebut harta, kuasa, kedudukan, pangkat dan wang ringgit. Percayalah anda semua akan rebah di bumi tanpa harga diri dan hilang segala kemuliaan.
Bukti dan dah pun terbukti rakan seperjuangan kalian suatu ketika dulu yang telah lari dari medan perjuangan mulia ini, sesungguhnya nilai intan berlian dan keemasan yang bertakhta pada diri seperti Ezam, Lokman Adam, Nasrudin Mat Isa, Hasan Ali, Zulkifli Nordin, Ibrahim Ali dan lain-lain lagi, hilang perlahan-lahan kerana dek panahan kebendaan yang sementara saja.

Yang pasti mereka hari ke hari ditelan masa dan zaman, lalu hilang ditelan zaman.

Ya Allah kurniakanlah pemimpin-pemimpin kami kekuatan, keimanan dan prinsip serta pendirian yang teguh, tetap dan tidak sekali-kali akan digoda oleh nafsu serakah cinta kebendaan dan cinta dunia yang melunturkan semangat juang mereka.
Ya Allah jadikanlah para pemimpin kami ini pemimpin-pemimpin yang tetap teguh dengan amanah, adil dan bersama sekalian rakyat marhaen meneruskan perjuangan menegakkan keadilan, kebaikan dan kebenaran sehingga keadilan dan kebenaran tertegak dalam negeri dan Negara kami.
Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami dan para pemimpin kami untuk terus istiqamah dalam perjuangan mulia suci ini.

Amin ya Allah kabulkan doa-doa kami hamba-Mu yang lemah dan dhaif ini. TaqabalaLlahu minna wa minkum.
ALLAHU AKBAR!!!!!!

 Oleh: IbnuSabah

Tiada ulasan: