SPECIAL ADS

9 Mei 2013

Dong Zong : Jangan tunduk kepada Umno

10 Mei : Parti-parti Cina dalam BN boleh mengelak daripada menjadi tidak relevan dalam masyarakat Cina apabila mereka berhenti "tunduk" kepada Umno, kata kumpulan pendesak pendidikan Cina, Dong Zong.

mca and djz and chinese crowdKumpulan itu berkata ini kerana "kegagalan" parti-parti tersebut -
termasuk MCA, Gerakan dan SUPP - untuk mengawal dominasi Umno telah mengakibatkan BN kehilangan undi.

Selain gagal mewakili masyarakat Cina secara bermakna, NGO itu berkata, MCA kini menjadi "tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif" dengan mengatakan bahawa masyarakat tersebut akan diketepikan akibat pengundian mereka.

"Adalah penting bagi MCA melakukan muhasabah diri sebagai respons kepada kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya umum.

"Kami merasakan ia bukan lagi menjadi isu sama ada akan ada wakil dari MCA, Gerakan atau SUPP dalam kerajaan, tetapi mereka perlu mengubah sikap tunduk mereka atau menjadi sama sekali tidak relevan dalam masyarakat kita," katanya.

NONEMenurutnya, sokongan lemah daripada masyarakat Cina juga 
berpunca daripada kombinasi 'hasutan' oleh "ahli politik yang tidak bertanggungjawab" serta "dasar yang tidak saksama dan tidak rasional".

Katanya, rasa tidak puas hati dengan dasar-dasar yang berat sebelah meliputi semua kaum, dan bukan kaum Cina sahaja, dan sekaligus menidakkan dakwaan BN bahawa ia mengalami "tsunami Cina".

"Dalam beberapa kawasan pilihan raya majoriti Melayu yang ditandingi calon-calon yang semuanya Melayu, mereka dari PAS muncul sebagai pemenangnya, (menunjukkan) bahawa orang yang tidak berpuas hati dengan dasar-dasar kerajaan adalah tidak mengira kaum," katanya.

Tiada ulasan: