SPECIAL ADS

9 Mei 2013

Anwar puji peserta perhimpunan Pakatan

10 Mei : Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji peserta perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi yang sanggup menempuh hujan dan kesesakan lalulintas untuk hadir membantah penipuan pilihan raya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anwar berkata, rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat telah menunjukkan keberanian dan keazaman malam tadi untuk tujuan yang mulia.

NONE"Anda hadir dengan aman, anda menunjukkan kesetiaan anda kepada 
Yang di-Pertuan Agong dan menyanyikan laguNegaraku dengan bangga. Anda menunjukkan dengan jelas bahawa anda bersatu sebagai Bangsa Malaysia," katanya.

Puluhan ribu penyokong Pakatan membanjiri stadium Kelana Jaya malam tadi untuk menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum Ahad lalu.

Pemimpin BN pula berkata, walaupun terdapat dakwaan berlaku penipuan, tetapi Pakatan menang kerusi terbanyak di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, dan perhimpunan itu diadakan kerana pakatan pembangkang itu tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka gagal menubuhkan kerajaan pusat.

'Pakatan tidak akan berputus asa'

Anwar berkata hujah sedemikian merupakan satu penghinaan kepada pengundi.

"Ia juga satu pembohongan terang-terangan. Sebenarnya kemenangan anda telah dicuri daripada anda. Bagaimana ini boleh diterima?

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 9"Merekalah yang tidak dapat menerima kekalahan dan terpaksa 
melakukan penipuan untuk terus berkuasa.

"Anda berada di pihak yang benar," kata Anwar sambil menambah bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

Anwar berkata, penyokong Pakatan kini berdepan dengan kempen intimidasi perkauman dan menyeru mereka menunjukkan "tekad yang waja".

"Anda tunjukkan bahawa anda tidak akan berhenti sehinggalah keadilan dan kemenangan dikembalikan kepada anda.

"Dalam semua usaha ini, saya berjanji bahawa Pakatan Rakyat bersama anda sepenuhnya. Kami akan berdiri teguh bersama anda di sepanjang jalan. Kami tidak akan menyerahkan kalah," katanya.

Tiada ulasan: