SPECIAL ADS

8 Mei 2013

JIHAD EKONOMI sekiranya tiada PRU semula


09 Mei : PRU13 baru sahaja selesai. Memang dijangka BN dengan segala tipu daya telah mendapat undi mudah untuk mentadbir negara ini secara haram. Sesuatu yang saya pasti ianya sangat menyakitkan hati dan mendukacitakan bagi semua rakyat yg selama ini mendokong reformasi bagi mendapatkan kerajaan yg adil yg ditadbir oleh pemimpin-pemimpin  yang bersih.

Namun saya pasti sebagai seorang muslim yang percaya kepada rukun Iman boleh menerima keputusan ini dgn pasrah dan redha. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Mungkin ada baiknya PR tidak memerintah lagi pada masa ini. Justeru itu selepas ini kita akan sama-sama menyaksikan pelbagai lagi episod kepincangan dalam pentadbiran BN. Insyaallah...

Hutang negara yg melebihi 5 ratus billion agak membebankan sekiranya PR mengambil alih Putrajaya kerana pada masa yang sama PR cuba memenuhi pelbagai manifesto yang telah dikeluarkan semasa kempen PRU. Apakah akan berlaku sekiranya PR tidak dapat memenuhi manifesto tersebut? Mungkin nama PR akan menjadi busuk selepas 5 tahun yang akhirnya mereka memilih BN untuk menjadi hero mereka semula. Biarlah BN yg membuat hutang tersebut mereka sendirilah yg cuba or tidak akan cuba melangsaikan hutang negara tersebut.

Pada masa yang sama BN melalui najib telah membuat pelbagai janji itu dan janji ini. Salah satu janji yang popular yang dibuat oleh najib yang mana beliau menciplak dari PR adalah mengurangkan harga kereta berperingkat-peringkat. Yang pastinya hujung tahun ini BR1M 3.0 perlu dinikmati lagi oleh rakyat. Dari mana duit dan bagaimana duit yang akan diperolehi oleh BN biar najib dan pemimpin2 haram memikirkannya.

Silakanlah sekiranya BN berani menaikkan itu ini dan mengenakan itu ini. Harga petrol, harga barang, cukai, GST dll menanti masa utk dijadikan alat mengutip duit rakyat. Bagi rakyat yg bangga dengan BN kerana berjaya memerintah negara jgn mengeluh sekiranya mengalami kesusahan itu dan ini dalam masa 5 tahun ini. Kamu blh terus berikan sokongan kepada pemimpin kemegahan kamu itu. Dapatkah najib mempertahankan nama BN maaf tidak sesuatu sekarang ini disebut nama BN tetapi lebih sesuai UMNO kerana BN diwakili oleh majoriti wakil UMNO kita tidak tahu. 

Sebelum PRU najib telah mengangkat BN memperjuangkan semua kaum. BN mengatakan sokongan kaum cina dan india semakin meningkat. Mereka lupa pada masa sama mereka menyemai kebencian terhadap DAP Pulau Pinang. Lihat sahaja apa yang telah BN lakukan di pejabat DAP di Ipoh dan Melaka. Apa perkataan menghina yg tidak keluar terhadap DAP ketika itu. Mereka seolah bodoh yg mana mengecop DAP adalah parti kaum cina. Walhal DAP diwakili oleh pelbagai kaum termasuk melayu. Terdapat 2 org calon melayu dari DAP jika tidak silap sy pada PRU ini iaitu di parlimen Bukit Bendera dan Raub. Di mata rakyat pula MCA dan Gerakanlah yg diwakili secara totalnya oleh kaum Cina. Kenapa DAP yang menjadi mangsa?

Kaum cina dalam DAP pula tu. Lagi mereka menanam kebencian kepada PAS yang dikatakan bersekongkol dengan DAP dan pada masa yang sama mereka melupakan yang UMNO juga bersekongkol dengan MCA dan Gerakan. Bagi saya semangat perkauman yg dimainkan oleh BN terutamanya UMNO dalam PRU lalu mmg keterlaluan. Saya yang berbangsa melayu pn menyampah dan meluat apatah lagi kaum cina. Sehinggakan perasaan kasihan lahir dari hati saya. 

Dimanakah semangat perpaduan atau konsep 1Malaysia yang cuba disemai oleh BN? Jadi PRU ini menceritakan byk perkara. Memang BN mengatakan merekalah hero dalam segala hal sebelum PRU tetapi mereka lupa dengan ayat "Rakyat Hakim Negara". Sekarang rakyat lihat perpaduan itu hidup subur dibawah PR. Warna warni kepelbagaian kebudayaan agama dan bangsa itu ada di dalam PR. 1Malaysia bkn milik BN tetapi PR. Jadi apa yang BN miliki sekarang? Masih ada yang mereka miliki. UMNO. Hanya UMNO yang tinggal di dalam BN itu. Selepas ini tidak sesuai lagi diistilahkan sebagai BN lagi tetapi UMNO. Hiduplah UMNO itu keseorangan umpama kera sumbang yang akhirnya yang akan mati ditinggalkan kera yang lain.

Sekarang ini PR sedang membuat bantahan keputusan PRU13 kepada SPR. Sy dh masak dengan permainan SPR yang menjadi org suruhan BN atau pencacai BN itu. Lihat sahajalah sudah beberapa himpunan Bersih diadakan namun SPR itu seperti pekak umpama mencurah air ke daun keladi. Saya pasti mereka tidak akan mengadakan semula PRU. Pimpinan PR juga dalam perancangan mengadakan Himpunan Bersih 4.0 sekiranya PRU semula tidak diadakan. Rakyat blh sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut PRU yang bersih namun dari pengamatan saya ianya tidak akan memberi apa-apa makna. 

BN melalui saluran media mereka dgn bangga menyatakan SPR telah membuat penambahbaikan dalam PRU13 iaitu dengan menggunakan dakwat kekal. Namun lihat sahaja apa yg terjadi. BN menggunakan Bangla pula sebagai pengundi hantu. Memang bagi sesiapa yg rajin mendapatkan maklumat berkenaan PRU ini melalui internet atau handpone tentunya mengatakan BN main gila untuk kekal berkuasa.

Justeru itu sudah tiba masanya bagi rakyat malaysia yg ingin melihat malaysia ke arah negara yg lebih baik yang mana rakyatnya hidup bersatu padu di antara pelbagai bangsa yang bencikan kepada perkauman bersama2 main gila untuk mendesak BN dibawah najib mengadakan semula PRU yg bersih dan adil. Saya rasa sudah sampai masanya kita melancarkan JIHAD EKONOMI daripada kita pergi ke jalanan yang memang tidak memberi apa2 makna kepada BN. Kita mesti bersatu dan bersama2 melakukan JIHAD EKONOMI ini sekiranya Najib masih berdegil. 

PR jangan khuatir kerana sekarang ini dilihat perpaduan semakin subur di bawah PR. Melayu Cina dan India sedang bersatu dibawah PR. PR perlu memberitahu najib sekiranya beliau masih tidak mahu mengadakan PRU semula dalam masa sebulan atau sebagainya maka semua aktiviti ekonomi di negeri dibawah BN akan lumpuh sehinggalah PRU semula diadakan. Semua kedai2 dan aktiviti perniagaan akan ditutup. 

PR juga akan memboikot mengisi minyak di Petronas, memboikot mmbeli proton atau perodua, memboikot KFC, McDonald, Petron, Seven Eleven dsbnya. Najib selalu bangga dan megah dengan ekonomi dan wang negara. Najib lupa siapa yg mengawal ekonomi selama ini sekiranya bukan rakyat! 

BN telah main gila dalam PRU13 maka sudah sampai masanya rakyat main gila dengan melancarkan JIHAD EKONOMI! Masa itu najib akan tahu samada langit itu tinggi atau rendah. Yang penting juga di sini bersamalah kita katakan tidak kepada perkaumOleh: 

Oleh humbleman


Tiada ulasan: