SPECIAL ADS

8 Mei 2013

Pasca PRU 13 : Keluhuran Budi PAS

09 Mei : Menjelang PRU 13, kecoh DAP tidak boleh pakai simbol Roketnya. PAS menghulurkan salam setia kawan untuk DAP guna simbol Bulannya.

Semua orang Cina melihat luhur budi ikhlas PAS demi jatuhkan kerajaan korupsi.

Kini orang Cina di"serang" lagi. UMNO murka dan berang kepada orang Cina kerana undi Cina berpindah ke DAP dan PAS.


Jika 13 Mei tiada darah Cina tumpah di Kelantan dan Terengganu kerana PAS menjaga hak dan keselamatan orang bukan Muslim, maka sewajarnya pimpinan PAS mengambil langkah pro aktif untuk mewujudkan suasana damai,tenang untuk negara ini.

Jangan biarkan ruang kosong pasca PRU 13 ini diisi dengan ucapan dan kenyataan berbaur perkauman.

Semasa BERSIH , ramai orang Cina rasa selamat dan aman bersama Unit Amal PAS dan penyokongnya.

Apatah lagi kini. Dalam suasana UMNO dan NGO Rasis menunding jari kepada orang Cina,pimpinan PAS mesti sediakan benteng untuk lindungi dan membela mereka. Ini dakwah !

Tunjukkan keindahan politik Islam yang didukung oleh PAS . Bersih dari api perkauman.
PAS FOR ALL
Oleh: Tok Pepijat

Tiada ulasan: