SPECIAL ADS

7 Mei 2013

'Kerajaan 47 peratus'


KUALA LUMPUR 08 Mei : Rakyat Malaysia yang sepatutnya mendapat kerajaan yang menurunkan harga minyak akhirnya mendapat kerajaan 47 peratus, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau 50.3 peratus sokongan, Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8 peratus sokongan.

"Sebab itulah saya kata kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan 47 peratus," katanya.

Di Perak, katanya, keadaan bertambah buruk apabila rakyat negeri itu terpaksa menerima kerajaan 45 peratus.

"BN Perak dilaporkan menerima undi tidak sampai 45 peratus pengundi di negeri itu," katanya.

Mahfuz mengucapkan takziah kepada rakyat yang terpaksa menerima kerajaan 47 peratus walaupun mereka telah berusaha untuk mendapatkan kerajaan yang menawarkan penurunan harga minyak, penurunan tarif elektrik dan air, penurunan harga kereta, penghapusan tol, penghapusan pinjaman PTPTN, penghapusan saman AES dan penghapusan monopoli.

"Amat malang kerana mereka terpaksa berhadapan kerajaan BN yang pasti akan mengakibatkan tekanan hidup lebih teruk ke atas mereka.

"Harga minyak akan naik, saman AES terus mencengkam rakyat, cukai GST dilaksana, tol diteruskan, PTPTN diteruskan, tiada pendidikan percuma manakala rasuah dan kronisme pastilah akan lebih bermaharajalela," katanya

Tiada ulasan: