SPECIAL ADS

7 Mei 2013

Setelah menipu, rakyat disuruh terima keputusan !!!

08 Mei : Najib tergesa gesa mengangkat sumpah petang semalam dan ditabalkan sebagai PM yang sah di kacamatanya tetapi belum tentu di kacamata sebahagian besar rakyat.Hakikat yang tercacat dalam statistik pilihanraya yang menunjukkan sokongan rakyat kepada UMNO dan PM kurang dari 50% menunjukkan PM dan UMNO sebenarnya tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.Tetapi selepas disahkan menang, Najib mahu rakyat menerima keputusan PRU 13, satu permintaan memperbodahkan rakyat kerana kalau rakyat terima keputusan ini bermakna rakyat menerima semua penipuan yang dilakukan Najib menerusi SPR, JPN dan lain lain agensi kerajaan sepanjang proses pengundian.

Menerima keputusan PRU 13 bermakna rakyat menerima undi dari warga Bangla, Nepal, Burma, Indon, India, Pakistan dll, undi yang menyumbang antara 1-2% undi kepada BN dan dengan sumbangan ini sudah mampu membantu BN memperolehi banyak kerusi parlimen.Mungkin bagi setengah orang 1-2% itu kecil tetapi cuba semak keputusan, berapa banyak kerusi yang dimenangi BN dengan majoriti dibawah 2% jumlah pengundi yang mengundi?


Tetapi isunya ialah hak mengundi yang ditetapkan oleh perlembagaan untuk warga negara Malaysia yang sah.UMNO dengan undang undang yang mereka buat sendiri, bukan undang undang yang diluluskan Parlimen telah membawa masuk ramai warga asing untuk dijadikan warga negara segera atau express kemudian didaftarkan sebagai pengundi.Dengan adanya IC UMNO menerusi SPR mendakwa mereka ini ialah warga negara yang sah.Di antara syarat yang disebut oleh undang undang ciptaan UMNO ialah setiap warga asing yang hendak menjadi warga negara Malaysia mesti mengundi BN, atau dacing sehingga mereka diminta bersumpah atau membuat akujanji tentang syarat ini.

Ini bermakna kalau rakyat menerima keputusan PRU 13, maka rakyat juga menerima undang undang ciptaan UMNO ini.Rakyat perlulah berfikir, bukan menyondolkan hidung untuk dicucuk oleh bidan kampung Tok Jib.Orang orang yang terpelajar nampaknya ramai sudah dicucuk hidung sehingga ada yang tidak lagi mampu berfikir sebaliknya menerima apa saja yang UMNO kata.

Maruah rakyat bukan berharga RM1000.00 atau RM2,000.00, jadi rakyat pada hemat saya tidak sesekali patut menerima keputusan PRU 13.Itu baru alasan mengenai warga asing yang diberi kerakyatan untuk menjadi pengundi tetap BN, saya tidak lagi sebut mengenai cara UMNO menerusi SPR menjadikan rakyat kelihatan seperti kambing kepanasan dengan dakwat kekal yang digunakan serta belum lagi kejadian kejadian magic black out semasa mengira undi serta bagaimana TV dipergunakan untuk melekakan rayat ketika pengumuman keputusan PRU 13.

Rakyat tidak harus menerima keputusan PRU 13 dan harus berfikir sekarang perlukan kita tunggu PRU 14 untuk menyaksikan UMNO dan SPR menipu  rakyat lagi!


Oleh: notan

Tiada ulasan: