SPECIAL ADS

8 Mei 2013

Mat Said Mahu Sokong PR Jika Tak Di Lantik MB ?

08 Mei : Kecoh isu perlantikan Menteri Besar Terengganu kini sampai ke kemuncaknya. Jika pada PRU12 lalu, kumpulan Idris Jusoh mengamuk sakan apabila beliau tidak dilantik semula ke jawatan MB. Kini heboh diperkatakan Ahmad Said pula akan mengamuk sakan jika dia tidak dilantik semula sebagai MB Terengganu. 

Malah, ada desas-desus mengatakan beliau akan berpaling tadah untuk menyokong pembangkang jika namanya tidak lekat sebagai MB kali ini. Jika ini berlaku pembangkang akan mendapat tambahan kerusi yang memungkin Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru di Terengganu sebenarnya. Ini kerana, beza antara kerusi pembangkang dan BN di DUN Terengganu sekarang hanyalah dua kerusi sahaja. 

Sementara itu, Ahmad Said dalam satu kenyataan hari ini cuba menjelaskan kedudukan yang berlaku. Katanya Perdana Menteri Batuk’ Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional sedang menguruskan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional dalam PRU13. 

Berikutan kesibukan tugas Perdana Menteri mentadbir Negara, perkara ini dilakukan secara berperingkat-peringkat. Difahamkan sehingga kini Kedah, Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Sabah telah selesai urusan perlantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. Kini empat negeri lagi masih menunggu giliran iaitu Pahang, Johor, N.Sembilan dan Terengganu. 

Bagi negeri Terengganu beliau difahamkan Perdana Menteri selaku Presiden Parti akan mengeluarkan surat watikah dalam masa terdekat dan dia meminta agar semua rakyat negeri ini bersabar. Dalam hal ini, beliau selaku Pengerusi Barisan Nasional Terengganu berterima kasih kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab dalam PRU13 serta berdiri teguh dibelakang kepimpinan parti. 

Beliau juga menyeru kepada semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin serta meminta agar semua rakyat Terengganu untuk bersatu hati dan berpadu tenaga demi kesejahteraan negeri tercinta ini. Itulah kenyataan terbaru Ahmad Said, namun bagaimana keadaannya jika beliau tidak dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu agaknya. Pasti ada yang panas berlaku!].

 http://pahangdaily.blogspot.com/2013/05/panas-mat-said-sokong-pr-jika-tak-jadi.html#ixzz2SgXBIo4E

Tiada ulasan: