SPECIAL ADS

8 Mei 2013

PKR: Usah peduli SMS 13 Mei, turun berhimpun


08 Mei : PKR menyeru orang ramai supaya tidak mempedulikan penyebaran SMS yang mengaitkan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 di Kelana Jaya, Selangor malam ini dengan insiden 13 Mei.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, SMS yang mengaitkan perhimpunan malam ini dan sedang berlegar jelas berniat jahat.

"Saya juga mengecam sepenuhnya anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata beliau juga akan membuat laporan polis petang ini balai polis Tropicana, Petaling Jaya petang ini kerana ia didakwa cuba menimbulkan huru hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman.

Sementara itu, merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bahawa perhimpunan malam ini haram kerana tiada permohonan permit dibuat, Radizi menyatakan sebaliknya.

Rafizi berkata, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia telah memaklumkan secara rasmi kepada balai berkenaan, bertepatan dengan amalan biasa perhimpunan di tempat persendirian. 

Ia juga mengikut semangat Akta Perhimpunan Aman yang digunapakai sebelum ini yang tidak memerlukan permit untuk perhimpunan, hanyalah sekadar memaklumkan pihak polis, tambah Rafizi.

Tiada ulasan: