SPECIAL ADS

8 Mei 2013

Permuafakatan selepas pilihan raya umum


08 Mei: Perdana Menteri mestilah berhenti daripada kenyataan dan dasarperkauman.Perdamaian bererti semua pihak mengelakkan celaan terutamanya sebutan yang berbaur perkauman. Perdana Menteri berkata, “tugas berikutnya ialah untuk menyelaraskan pelbagai kaum Malaysia.

Adalah tepat untuk mewujudkan perpaduan selepas pilihan raya. Tetapi, YAB Najib membidas DAP membohong para pengundi Cina dengan ubah serta menyifatkan psunami Cina kerana lebih rakyat semua kaum di sekitar bandar menyokong Pakatan Rakyat.

Kami berpendapat bahawa tidak timbul psunami Cina, hanya tsunami Najib dalam bentuk politik wang, monopoli media dan jurang amalan pilihan raya. Berapa juta atau bilion ringgit yang digunakan oleh parti-parti politik untuk pilihan raya?

Akhirnya siapa yang akan bayar?

Permuafakatan selepas pilihan raya mestilah berteraskan kepada dasar dan kenyataan yang tidak bersebelahan sesuatu kaum, sesuatu agama atau sesuatu wilayah semata-mata.

Oleh Tan Seng Giaw

Tiada ulasan: