SPECIAL ADS

8 Mei 2013

PAS Serah MB Selangor Kepada Khalid

08 Mei : Isu MB Selangor menjadi satu daripada isu yang hangat diperkatakan selain "Tsunami Cina". Dalam mengulas isu banyak yang tersasur dan tak kurang pula yang suka membuat tuduhan melulu. Ulama PAS menjadi mangsa, sebab lidah tak bertulang.

Saya sebelum ini ada menyebut PAS akan menyerahkan kepada Tan Sri Khalid, bila mengulas kenyataan Dr Hassan Ali (ruj. di sini). Hanya saya sebut masa di ambil 1 atau 2 minggu kerana ada beberapa perkara dibincangkan terutama posisi penting di Selangor perlu di sepakatkan di antara komponen Pakatan Rakyat. Panjang masa antara sebabnya nak wujud atau tidak jawatan Timbalan Menteri Besar misalnya...

Tapi malang ada blogger telah mengulas lebih laju daripada kepimpinan.

Dr Abd. Rani dalam kenyataannya mengatakan PAS akan memastikan Selangor menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat pada masa yang akan datang seperti mana Kelantan yang sehingga kini mampu bertahan selama 23 tahun.
 
Kerjasaman erat antara ketiga-tiga parti merupakan rencah utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor selain dari gerak kerja jentera yang kuat dan bersistematik, tambah beliau.

"Kunci utama kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor adalah jalinan kerjasama yang erat antara ketiga-tiga parti, perselisihan faham dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada ketegangan.
 
"Selain itu gerak kerja jentera ketiga-tiga parti berada dalam keadaan yang lebih bersedia dan bersistematik sehinggakan Barisan Nasional (BN) gagal untuk merampas negeri ini," sambung beliau lagi.

Manakala Setiusaha Agong PAS dalam kenyataannya menyebut "“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” "

Tiada ulasan: