SPECIAL ADS

7 Mei 2013

Rafizi ketuai pasukan kumpul bukti penipuan PRU13

PETALING JAYA 07 Mei : Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan penyiasat untuk mengumpul bukti serta sebarang penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Perkara itu diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut Anwar, pasukan penyiasat itu terdiri daripada pimpinan tertinggi dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat dan akan memulakan siasatan ke atas seluruh negara.

"Pasukan beliau (Rafizi) akan memadankan bukti-bukti tersebut dengan analisa keputusan di setiap kawasan Parlimen yang keputusannya telah diselewengkan," kata Anwar.

"Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membentangkan bukti kepada orang ramai bahawa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi pilihan raya ini melalui penipuan dan penyelewengan," katanya lagi.

Pasukan itu juga kata Anwar telahpun memulakan tugas untuk mengumpul semua maklumat dan bukti penipuan dan penyelewengan di seluruh negara.

Anwar sebelum ini mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak dapat menerima keputusan pilihan raya bagi kawasan yang dipertikai dan menunggu penjelasan dari SPR.

Tiada ulasan: