SPECIAL ADS

8 Mei 2013

UMNO Memang Rancang Nak Singkirkan MCA?

08 Mei : Prestasi MCA makin teruk pada PRU kali ini berbanding dengan sebelumnya. Dulu MCA menang 15 kerusi tetapi kali ini cuma tinggal 4 sahaja lagi. Banyak penganalisis mengatakan kekalahan MCA bukan sahaja disebabkan pengundi Cina menyokong DAP malah pengundi Melayu yang 'kor' UMNO juga berkurang memberikan kerjasasama bagi membantu MCA.

Jika sebelum ini DAP berjaya meranapkan parti Gerakan di Pulau Pinang kini mereka telah berjaya menerobos benteng kuat MCA di Johor. Kemaraan DAP dikatakan ada kaitan dengan perseketaan dalamannya dengan UMNO.

Mengikut sumber yang saya perolehi, wujud perseketaan di antara UMNO dan MCA dua tahun yang lalu. Perkara ini menjadi semakin parah apabila hampir dengan PRU-13.

UMNO dikatakan menggunakan kelemahan MCA sebagai senjata untuk mengawal, malah UMNO juga dikatakan cuba mengatur percaturan dalam MCA sehingga kepada calon PRU13. Malah atas alasan kekalahan lalu, beberapa kerusi MCA juga cuba untuk ditandingi oleh UMNO.

Bukan itu sahaja, kempen BN dimedia massa dilihat hanya seolah-olah UMNO sahaja yang bekerja. Berapa kerap sangat rancangan melibat MCA atau komponen lain diberi ruang untuk ke udara?

Saya difahamkan bahawa memang wujud sekatan 'dalaman' dalam hal ini dan dirancangan secara halus untuk melemahkan MCA, MIC dan komponan lain dan seolah-olah kemenangan ini adalah sumbangan daripada UMNO semata-mata.

Dengan itu UMNO boleh membuat 'demand'

Pasal itu tak hairan selepas sahaja PRU ada juara-juara yang membangkitkan BN kena melihat siapa yang membantu memenangkan BN, Kawasan mana yang membantu? Itu semua adalah mainan politik UMNO untuk menyingkirkan MCA malah menjadikan MCA buduk suruhan UMNO.

Tak hairan penganalisis politik di TV1 terang-terangan membidas MCA dan Gerakan kerana tidak bekerja kuat untuk memenangi pengundi Cina dan mencadangkan disisih sahaja ke dua parti ini. Ternyata ini adalah satu analisis yang telah dirancang begitu rupa.

Najib pun dilihat dalam kempen kali ini tidak menyebut secara khusus BN tetapi lebih memberikan fokus seolah dia yang buat itu dan ini. Komponen lain seperti pak turut sahaja.

Tak hairan MCA membuat tindak balas dengan menolak semua jawatan dalam kerajaan.

Apakah muslihat UMNO dalam hal ini?

Hanya tunggu masa untuk kita lihat 'tembelang' sebenarnya.


TranungKite Onffline

Tiada ulasan: