SPECIAL ADS

7 Mac 2014

Anwar Dihukum Penjara, Negara Huru-hara, Najib Bakal Jatuh 5 Bulan Lagi!

08 Mac : Keputusan mahkamah Rayuan semalam yang menetapkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar telah menjadikan negara berada di dalam keadaan huru-hara.

Ramai melihat ia sebagai satu campurtangan Putrajaya untuk menamatkan kareer politik Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia yang telah menerima sokongan lebih 50% undi popular yang telah mengalahkan kerajaan Najib yang hanya memperolehi 47% undi popular di dalam PRU13 tahun lalu. 

Sekalipun Putrajaya menyatakan keputusan mahkamah itu adalah isu antara dua individu di antara Anwar dan bekas pembantunya tidak melibatkan kerajaan, namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini menunjukkan kerajaan memang terlibat di dalam kes berkenaan.

Kenyataan dikeluarkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Balia Yusuf Wahi yang menyatakan tindakan Anwar sengaja melambatkan proses perbicaraan, sebagai tidak adil dan tidak wajar.

“Saya merujuk kepada Keputusan Mahkamah Rayuan 3 Mac lalu yang menolak permohonan Anwar Ibrahim untuk membatalkan peguam Umno, Shafee Abdullah daripada menjadi pendakwaraya dalam rayuan kerajaan berhubung kes Fitnah 2.

“Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi mendakwa bahawa permohonan Anwar telah dibuat untuk melambatkan rayuan kerajaan dan merupakan penyalahgunaan proses.

Naib Presiden PKR, Tian Chua di dalam tweetnya malam tadi menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan jelas menunjukkan kerajaan Najib telah mengisytiharkan perang ke atas Pakatan Rakyat dan rakyat sudah bersedia untuk bangkit bertindak.

Langkah memenjarakan 5 tahun ke atas Anwar akan menyebabkan Najib bakal diturunkan sebagai PM oleh rakyat dalam lima bulan lagi, tambah Tian Chua.

Presiden PAS, TuanGuru Haji Abdul Hadi Awang di dalam kenyataannya semalam menyatakan PAS sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi. 

PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas, tambahnya. 

Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. 

Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini. 

PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato' Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. 

PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan. 

Sementara itu, di laman sosial rakyat terus mengecam keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang dilihat menjadi jurucakap Najib dan UMNO BN. Hakim-hakim berkenaan dilihat hanya menumpukan perhatian terhadap hujjah-hujjah Shafee dan tidak memberi perhatian terhadap hujjah peguam Anwar. 


Apa tah lagi Shafee yang menegetuai pendakawaan bagi kes Fitnah Anwar adalah peguam peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Di dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali malam tadi telah mengisytiharkan permulaan Reformasi 2.0 di hadapan 500 orang di pusat gerakan pilihan raya parti itu di Kampung Sungai Sekamat, Kajang.

Beliau bertanya kepada hadiran sama ada mahu berjuang melalui pilihan raya atau turun ke jalanan, dan mereka bersorak tanda bersetuju.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membenarkan sebarang demonstrasi mahupun perhimpunan besar-besaran membantah keputusan mahkamah tersebut kerana setiap bantahan seharusnya dilakukan di mahkamah.

Namun, ia bertentangan dengan kenyataan Putrajaya sebelum ini yang menolak dakwaan Human Right Watch (HRW) kerana menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan memberikan banyak kebebasan kepada rakyat di samping meminda undang-undang yang sudah usang. 

"Di bawah pentadbiran perdana menteri, kebebasan rakyat diperluaskan dan undang-undang usang dipinda," kata satu kenyataan yang dihantar pejabat perdana menteri. 

Dalam kenyataan tersebut, dakwaan mengatakan pentadbiran Najib menghalang atau menekan hak rakyat untuk berhimpun adalah tidak benar. 

"Kebebasan rakyat diperluaskan menerusi Akta Perhimpunan Aman, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden. 

Tiada ulasan: