Berbagai cara dilakukan sekutu Amerika untuk mengalih tumpuan dari Diego Garcia dengan mendakwa satelit masing-masing mengesan objek di koridor selatan lautan Hindi menghala ke Antartika.
Cuma kapal China sahaja yang tidak menuju ke sana dan meminta kebenaran India yang juga sekutu rapat Amerika untuk memeriksa kepulauan Andaman. India menempelak China dan tidak memberikan kebenaran tersebut. Kapal-kapal lain semuanya menuju ke koridor Selatan dan selat Melaka.
Setelah gagal mendapat kebenaran India, Kapal China kembali ke Selat Melaka. Sehari selepas itu Amerika menarik balik kapal-kapalnya menandakan operasi bantuan mereka berakhir.
Sementara dalam negara pula Kerajaan Malaysia yang sebelum ini menolak bantuan FBI akhirnya menerima bantuan tersebut. FBI menjalankan tugas propaganda Amerika dengan menyiasat keluarga Kapten Zaharie dan pembantunya Co Pilot Fariq Abdul Hamid untuk menunjukkan kepada dunia seolah-olah Kapten Zaharie adalah orang yang disyaki menyebabkan kehilangan MH370. Diego Garcia dilupakan sebentar oleh blogger dan penulis free lance.
Sebelum itu polis Malaysia telah berbuat perkara yang sama termasuk mengeledah rumah kapten Zaharie dan merampassimulator penerbangan yang terdapat dalam rumah tersebut. Kenyataan 'pilot bunuh diri' yang ditulis akhbar eropah juga berasal dari maklumat dalam negara. Ada pihak di Malaysia membuat tanggapan demikian.
Berdasarkan maklumat Rusia, mereka mendakwa ada kemungkinan MH370 dirampas Amerika dengan menggunakan Angkatan Lautnya. Penggunaan AWACS untuk merampas kapal terbang tersebut dinyatakan. Amerika menafikan terlibat merampas MH370 dan mendaratkannya di Diego Garcia.
Pengumuman Perdana Menteri yang menyatakan MH370 berakhir di Koridor Selatan Lautan Hindi berdasarkan maklumat satelite dan radar United Kingdom adalah suatu yang tidak tepat kerana hanya bersandarkan kepada bukti pelet kayu yang ditemui tentera Australia tetapi logiknya tetap ada.
Perampas akan menerbangkan MH370 secara auto pilot ke Koridor Selatan Lautan Hindi kerana kawasan itu jauh dari penempatan manusia dan ini akan dapat menyelamatkan rahsia rampasan yang dipercayai dilakukan kuasa besar tentera dunia. Maksudnya, jika sekali pun MH370 terhempas di Lautan Hindi ia bukanlah kemalangan tetapi diKHIANATi
Bagaimana?
Selepas semua pakar, saintis serta kargo berharga dikeluarkan dari MH370, perampas akan menerbangkan MH370 secara auto pilot ke Koridor Selatan Lautan Hindi. MH370 akan terus berada di udara sehingga kehabisan minyak. Sebaik sahaja minyak habis MH370 akan jatuh terhempas di lokasi yang boleh dijangka perancang rampasan.
Jika benar Lautan Hindi itu berkedalaman tujuh kilometer dan sentiasa berombak ganas, maka itu adalah alasan untuk tidak menemui bangkai pesawat tersebut. Perampas perlu memastikan MH370 tidak ditemui supaya segala bukti penculikan pakar dan saintis serta kehilangan barangan kargo berharga yang dibawa MH30 tidak dapat diketahui.
Mengapa MH370 tidak dapat dikesan RADAR?
Adalah dipercayai dalam MH370 terdapat beberapa pakar dalam menggelapkan kapalterbang daripada dikesan radar. Kerana itulah MH370 tidak dapat dikesan radar antarabangsa sehingga hari ini.
Wallahu A'lam
Yang pasti tiada bukti MH370 sudah musnah. Tiada sebarang petanda untuk mengaitkannya dengan kemalangan atau ditembak jatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan