SPECIAL ADS

19 Mac 2014

Butiran Email Pembelian Simulator Kapten Zaharie Didedahkan, Akibat Tohmahan Yang Dilemparkan Kepadanya

20 Mac : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah individu bertanggungjawab yang memberi ‘isyarat’ kepada polis untuk menyiasat dan menggeledah rumah juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan penyiasatan kini beralih sepenuhnya kepada juruterbang termasuk kru penerbangan yang didakwa mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat terbabit.

“Kesilapan bermula daripada Perdana Menteri sendiri yang memberikan isyarat bahawa juruterbang seperti mengalihkan laluan sehingga siasatan kini tertumpu kepadanya dan anak kapal lain.

Satu perkara biasa sekiranya juruterbang mempunyai simulator penerbangan di rumah.

Menurut sumber, kebanyakan juruterbang pesawat komersial di seluruh dunia mempunyai simulator sendiri atas beberapa faktor.

“Mungkin sesetengah juruterbang mempunyai minat atau hobi untuk menggunakan simulator sekiranya mempunyai waktu lapang dan rasanya itu bukan satu kesalahan.

Katanya, setiap enam bulan sekali juruterbang pesawat komersial perlu menjalani ujian termasuklah menerbangkan pesawat  menggunakan simulator. - IdaMan



Rakan maya kepada Kapten Zaharie yang berkongsi minat yang sama dalam pembinaan simulator penerbangan, Thanos Kontogiannis tampil mendedahkan beberapa email perbualan bersama Kapten Zaharie didalam blognya.

Menurut Thanos, beliau mendedahkan email ini sebagai sokongannya kepada sahabatnya itu dan menyangkal laporan media mengenai penglibatan Kapten Zaharie dengan keganasan atau rampasan pesawat MH370. #sumber

Ikuti luahan hati beliau :-



Kapten Zaharie menghubungi Thanos pada 2013 melalui email dimana beliau ingin membeli alat elektronik yang akan ditambah untuk simulator penerbangan di rumahnya.

Mereka telah bertukar-tukar beratus email dan Thanos telah berkongsi sebahagian daripadanya seperti dibawah :-





Ini pula beberapa gadjet yang dikirimkan oleh Thanos kepada Kapten Zaharie :-



                           


                                  Tiga jenis permainan dipadam dari simulator

[sinar]- Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan pada 3 Februari lepas.

"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terbaharu operasi mencari dan menyelamat MH370 di sini hari ini.

Sidang media itu dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu.

                    


Semua penumpang MH370 tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah, kata Hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Hussein enggan menuduh mana-mana penumpang sebagai dalang dalam penerbangan MH370 yang masih hilang selagi tidak dibuktikan bersalah.

Selepas 12 hari pencarian MH370, fokus kini tertumpu kepada siasatan ke atas juruterbang, anak kapal dan penumpang.

Kemungkinan besar pesawat tersebut dirampas tidak ditolak oleh penyiasat memandangkan laluan asal dipesongkan.

"Saya ambil peluang ini untuk menegaskan bahawa penumpang, juruterbang dan anak kapal tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah," kata Hishammuddin dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

Siasatan pihak polis kini dilakukan mengikut Seksyen 130C Kanun Keseksaan, kata Hishammuddin.

Beliau juga berkata, pihak sepatutnya terlibat dalam penyiasat juga dihubungi bagi membantu mendapatkan latar belakang semua penumpang.

"Kami sudah peroleh semakan latar belakang dari seluruh negara selain Ukraine dan Russia, semua penumpang warganegara dalam MH370.

"Setakat ini tiada maklumat signifikan ke atas mana-mana penumpang ditemui," kata beliau.

Semalam, bekas pembantu pengarah FBI, Bill Gavin di New York menasihatkan agar penyiasat menggap semua penumpang sebagai suspek dan bukan mangsa.

Bercakap dalam program CNN "The Lead with Jake Tapper", Bill berkata, realiti yang perlu diterima adalah 239 penumpang dalam pesawat berkemungkinan mangsa dan juga suspek, sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Kamu perlu lihat semua penumpang dalam pesawat tersebut," kata Gavin dan menegaskan penyiasat perlu mencari latar belakang semua penumpang bagi mencari petunjuk.

"Kamu boleh asingkan beberapa individu yang mungkin bukan suspek, seperti kanak-kanak, warga tua, orang uzur. Kamu mungkin dapat kenal pasti mereka ini.

"Tapi yang penting, kamu perlu lihat keseluruhan kategori penumpang dalam pesawat itu," katanya.

Pihak berkuasa Malaysia mula menyiasat beberapa individu dalam pesawat MH30, antaranya juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pembantu, Fariq Abdul Hamid, 27.

Polis juga mengeledah rumah kedua-dua individu tersebut Sabtu lalu. Simulator penerbangan Zaharie juga dirampas dan dipasang semula di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Penyiasat masih meneliti sebarang kemungkinan.

Setakat ini, pegawai penyiasat tidak menemui sebarang bukti bagi mengaitkan juruterbang ataupun individu lain berlatih pergerakan tertentu dalam simulator tersebut.

Keluarga dan rakan yang rapat dengan juruterbang tersebut tidak mempercayai kedua-dua mereka dengan sengaja "mengubah" laluan asal pesawat.

Kecenderungan politik juruterbang juga dipertimbangkan ketika ini, dan Zaharie dikatakan penyokong kuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hanya beberapa jam sebelum penerbangan berlepas, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Anwar atas tuduhan liwat.

Walaupun jarak masa dengan kehilangan pesawat dan hukuman itu dijatuhkan dekat, tidak ada bukti mengaitkan kehilangan pesawat dengan juruterbang atau fahaman politik beliau.

Penyiasat juga sedang mengkaji latar belakang salah seorang penumpang, Mohammed Khairul Amri Selamat, seorang jurutera penerbangan awam Malaysia berusia 29 tahun yang bekerja untuk sebuah syarikat jet peribadi swasta.

Beliau berada dalam pantauan kerana pengetahuan penerbangan yang dimiliki.

"Saya yakin beliau tidak terlibat," kata bapa Khairul.

"Mereka dialu-alukan untuk menyiasat saya dan keluarga saya."

Fokus siasatan ketika ini tertumpu ke arah penumpang yang mempunyai latar belakang penerbangan memandangkan cara pesawat tersebut dipesongkan daripada laluan asal menunjukkan individu tersebut merancang dan mengetahui apa yang dilakukannya.

Semasa awal siasatan, pihak berkuasa menumpukan terhadap dua penumpang Iran, Pouri Nourmohammadi, 18, dan Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, yang didapati menaiki pesawat menggunakan pasport dicuri.

Bagaimanapun, pihak berkuasa menolak andaian kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan aktiviti pengganas.

Polis percaya Nourmohammadi cuba untuk berhijrah ke Jerman menggunakan pasport Austria yang dicuri.

Ibunya menghubungi polis selepas anaknya tidak tiba di Frankfurt seperti yang diharapkan.

Wartawan Kanan Amerika Syarikat Menyelar Cubaan Kerajaan Malaysia Mengaitkan Kehilangan MH370 Dengan Anwar
Tiada Fakta Salahkan Juruterbang MH370, Lapor Daily Beast 

Berita Penuh : http://www.thedailybeast.com/articles/2014/03/16/the-baseless-rush-to-blame-the-pilots-of-flight-370.html

Tiada ulasan: