SPECIAL ADS

10 Mac 2014

MB: Wan Azizah pejuang tabah, tegak keadilan sejak 1998

10 Mac : Menteri Besar , Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Pakatan Rakyat yakin dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku calon pilihanraya kecil DUN N25 Kajang.
“Kita yakin pada kekuatan Wan Azizah untuk menyertai DUN N25,” kata beliau ketika di Majlis Sambutan Hari Jadi Penerima TAWAS di kajang.
Azizah123Selaku Pengarah Pilihanraya Kecil N25, Abdul Khalid berkata, Wan Azizah memang calon yang sesuai kerana rakyat sendiri telah melihat ketabahan beliau dalam berjuang menegakkan keadilan sejak tahun 1998.
Penamaan calon DUN N25 akan diadakan pada 11 Mac manakala tempoh berkempen yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya  SPR) adalah 14 hari dari hari penamaan calon.
Wan Azizah Wan Ismail dipilih menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam di DUN Kajang, pada 23 Mac ini.
Keputusan itu diumumkan Anwar di Bilik Gerakan PRK DUN berkenaan, di Batu 12, Kajang, semalam.
Wan Azizah dipilih menggantikan Anwar selepas Ketua Umum PKR itu terlucut kelayakan bertanding selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau membabitkan kes bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 7 Mac lalu.
Wan Azizah bakal berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya yang juga daripada PKR, Lee Chin Cheh meletak jawatan, pada 27 Januari lalu. Skini

Tiada ulasan: