SPECIAL ADS

29 Mac 2014

Pelbagai teori insiden MH370

29 Mac : Genap tiga minggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 lesap dan pelbagai teori mengenai insiden itu dikemukakan.
Portal persatuan penerbangan British meminta pakar dalam industri itu menghadiri persidangan di London baru-baru ini untuk mendapatkan kepakaran dan pendapat mereka mengenai punca di sebalik kehilangan MH370.
“Kumpulan Operasi Penerbangan (FOG) baru-baru ini mengadakan persidangan dua hari di London mengenai peranan ketua pesawat udara pada abad ke-21,” lapor laman web Persatuan Penerbangan Diraja British, aerosociety.com.
“Persidangan itu turut disertai speaker yang diwakili oleh juruterbang, syarikat penerbangan, pembuat dan pengeluar serta pembuat undang-undang,” lapor portal itu.
Aerosociety.com mendapatkan pendapat para pakar berkenaan berhubung apa yang mungkin terjadi kepada MH370 dan pelbagai teori yang wujud sejak pesawat itu hilang daripada skrin radar awam pada awal pagi 8 Mac.
Berikut adalah sedutan daripada laporan itu.
Apa pandangan anda mengenai teori alternatif ini?
1. Pesawat itu kekurangan tekanan udara tetapi terus terbang
Ia boleh berlaku. Ini boleh menjelaskan perubahan awal altitud dan arah tuju, begi juga kekurangan komunikasi tetapi tidak memberi penjelasan mengapa ACARS dan transponder dipadamkan.
2. Pesawat dipenuhi asap toksik
Tidak mungkin. Jurutebang sepatutnya sudah boleh menghantar panggilan kecemasan dan sekali lagi, tidak tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder dipadamk
3. Berlaku kebakaran dalam pesawat yang memusnahkan sistem komunikasi
Tidak mungkin sekali gi. Ini boleh menjelaskan kekurangan komunikasi tetapi ia tidak memungkinkan pesawat boleh terus terbang selama tempoh yang dilaporkan jika api terus membakar.
4. Pesawat itu dirampas
Teori yang mungkin berlaku tetapi pesawat itu tidak diterbangkan ke destinasi lain atau digunakan sebagai senjata dalam serangan mati dan keganasan. Jika perampasnya ialah seorang individu, maka tidak ada seorang pun atau motif dikenal pasti lagi, jika ia tindakan sebuah kumpulan, tiada organisasi yang mendakwa bertanggungjawab atas kejadian ini.
5. Pesawat itu sengaja dilencongkan oleh juruterbang/pembantu juruterbang
Sekali lagi teori ini mungkin berlaku tetapi alasan untuk ini masih belum dikenal pasti. Jika ia adalah cubaan membunuh diri, maka mengapa pesawat itu terus terbang bagi tempoh yang lama?
Soalan teknikal
1. Adakah mudah untuk memadamkan ACARS dan transponder?
Transponder boleh ditutup dari kokpit dan ia dilakukan secara rutin apabila pesawat mendarat. Menutup ACARS lebih rumit dan memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan dengan sistem itu dan perlu ke ruang avionik pesawat.
2. Bolehkah sistem komunikasi pesawat terpadam dengan cara lain – seperti kebakaran/terlanggar buruk/putus bekalan elektrik/sabotaj pihak ketiga daripada ruang avionik?
Melanggar burung tidak mungkin menyebabkan kerosakan seumpama itu tetapi penjelasan yang lain mungkin boleh berlaku. Adalah munasabah untuk sistem komunikasi terputus dari ruang avionik tetapi ini sepatutnya boleh dicegah jika keselamatan adalah mencukupi.
3. Peta bergerak IFE menunjukkan pesawat bergerak jauh dari laluannya. Jadi, mengapa tiadak panggilan telefon bimbit daripada penumpang atau anak kapal pesawat itu?
Peta IFE mungkin dipadamkan. Kebanyakan penumpang mungkin sedang tidur dan tidak menyedari sesuatu yang buruk sedang berlaku hingga ia sudah terlalu lewat untuk berbuat sesuatu.
Jika mereka cuba menggunakan telefon selepas itu dalam penerbangan, pesawat itu mungkin sudah berada di kawasan terpeincil di lautan di mana tidak ada isyarat.
Secara alternatifnya, penumpang dan anal kapal kehilangan upaya, seumpamanya mengalami hipoksia berikutan pesawat itu kekurangan tekanan udara.
4. Berapa lama pesawat itu boleh terbang dalam keadaan kekurangan udara?
Pesawat itu boleh terus terbang secara automatik hingga kehabisan minyak. Kesannya terhadap penumpang berbeza bergantung kepada altitud kapal terbang itu.
Jika pesawat itu di atas 10,700m, ia mengambil masa kira-kira seminit sebelum semua orang kehilangan upaya. Bagaimanapun, jika pesawat itu kekurangan tekanan udara, topeng oksigen untuk penumpang patutnya akan terkeluar secara automatik dan ia boleh bertahan untuk kira-kira 15 minit.
Anak kapal mungkin boleh bertahan lebih lama menggunakan topeng oksigen bergantung kepada sama ada mereka menggunakan oksigen asli atau oksigen campuran.
5. Bolehkan data atau isyarat pandu tuju di kotak hitam tercemar ketika penerbangan?
Tidak boleh. Perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan tidak boleh terusik.
6. Bolehkah data daripada pesawat masih dihantar ke satelit jika pesawat itu sudah mendarat/terhempas di laut?
Tidak.
7. Kumpulan Operasi Penerbangan RAeS pernah menulis laporan mengenai bahaya bateri ion litium dalam kargo pesawat. Bolehkan ia menjadi penyebab kepada kebakaran?
Munasabah tetapi tidak mungkin. Dilaporkan bateri litium dibawa di bahagian tepi pesawat tetapi pesawat itu tidak mungkin dapat terus terbang dalam tempoh lama jika kebakaran berlaku. Ia juga tidak menjelaskan mengapa sistem komunikasi terpadam.
8. Apa berlaku apabila pesawat terbang dalam mod pilot automatik ke penghujung titik arah FMS? Terus terbang tegak, atau pusingan?
Ada opsyen untuk pesawat itu sama ada meneruskan perjalanan ke arah tujuan sedia ada atau mula membuat pusingan.
9. Adakah aliran data secara langsung (atau dicetuskan) daripada kotak hitam boleh dilaksanakan?
Ya, ia boleh dilakukan tetapi kosnya sangat mahal untuk syarikat penerbangan memasang sistem berkenaan di setiap pesawatnya.
10. Apa pendapat anda kesan kejadian ini kepada industri penerbangan?
Perubahan dalam prosedur ATC iaitu bila pesawat perlu melakukan komunikasi. Memperbaiki komunikasi antara organisasi awam dan ketenteraan antarabangsa. Semua syarikat penerbangan perlu mempunyai sel krisis yang boleh diaktifkan untuk nahas pesawat. Kedudukan dan status pesawat boleh dihantar secara berkala kepada syarikat dan pengeluar penerbangan – tetapi sistem itu akan membabitkan kos tinggi untuk dipasang.
Aerosociety.com berkata seorang pakar teknikal menyatakan bagi setiap alasan munasabah yang dicadangkan di atas, terdapat sekurang-kurangnya satu kenyataan bercanggah.
“Jika ia adalah hipoksia, jadi siapa yang memusingkan MH370?” “Jika ia kebakaran, jadi bagaimana pesawat terus terbang?” “Jika ia perbuatan anak kapal, jadi mengapa tiada kru yang menghalang?”
Pakar teknikal memberitahu portal itu mungkin lebih daripada satu senario itu berlaku secara serentak, contohnya kebakaran pendawaian dan kekurangan tekanan udara.
Bagaimanapun, satu perkara yang pasti ialah, sehingga lebih banyak bukti ditemui, tidak ada apa yang boleh dibuktikan. 

Tiada ulasan: