SPECIAL ADS

3 Mac 2014

Bagaimana caranya untuk menyatukan orang Melayu

03 Mac : Jika direnungkan bangsa Melayu adalah suku kaum manusia yang menghuni bumi nusantara yang beriklim khatulistiwa. Tidak mungkin kita menterjemahkan budaya bangsa Melayu sebagai kaum yang menghuni padang pasir atau beriklim gurun.
Justeru itu tentulah budaya dan kehendak kehidupan amat berbeza di antara dua kawasan klimak ini. Keseluruhan badan atau golongan Melayu memperjuangkan kesatuan bangsa mempunyai satu persamaan iaitu agama Islam.
Walaupun persamaan itu jelas dalam setiap usaha dan perlaksaanaan, keputusannya adalah perbezaan pendapat yang sangat sukar difahami. Melayu gagal bersatu!
Telah berdekad lamanya kita mengunakan pendekatan islam menjadikan orang Melayu bersatu, bersatukah kita?
Ucapan salam sejahtera
Ingin saya sentuh sedikit berkenaan ucapan “Assalamualaikum” salam sejahtera ketika bersua sesama Muslim. Ucapan yang diucapkan sesama kita jika dikira berkali-kali sehari.
Selamatkah kita, Sejahterakah kita ?
Yang kita ucapkan ini adakah kita fahami sebabnya mengerti maksudnya. Sebab kita tidak mengerti! Kebajikan di dalam Islam itu apa ?
Ilmu dan pengetahuan
Orang Melayu sekarang masih dalam mimpi enak dan tidak sedar kenapa agama lain berjaya bersatu sebagai contoh orang yang berugama Hindu, Buddha dan Kristian. Penganut-penganut agama ini berjaya hidup dalam aman damai tiada masalah.
Mereka ini telah pun terbukti berjaya di dalam dan luar negara. Mengapakah ini terjadi ?
Di Malaysia, agama lain sukar mendampingi mesra orang Islam. Kenapa?
Semakin ramai cendekiawan Islam lulusan Al-Azhar dan juga lulusan lain-lain institusi yang terkenal. Boleh dikatakan lulusan Al-Azhar menjadi tulang belakang kepada pembangunan Islam di Malaysia pasca kemerdekaan.
Setelah bertahun-tahun usaha gigih kerajaan dan NGO Islam melahirkan ramai individu berpengetahuan agama Islam dari golongan orang Melayu itu sendiri.Tetapi malang sekali hingga ke hari ini belum ada tanda-tanda Melayu bersatu dan kembali gemilang di persada tanahair seterusnya dunia.
Penyelesaian masalah Melayu tak bersatu, hendaknya janganlah diambil contoh yang jauh dari persekitaran Melayu. Masalahnya timbul di bumi Malaysia maka sudah pasti jawapan perlu ada di bumi bertuah ini juga.
Persoalan pokoknya sekarang kita mengunakan agama Islam sebagai wadah dan juga cendekiawan serta ulama Melayu sebagai penyampai tetapi masih gagal menyatupadukan Melayu.
Melayu Malaysia adalah dari pelbagai etnik Melayu nusantara yang majoritinya beragama Islam. Jika melalui cara Islam gagal menyatupadukan Melayu, cerdik pandai Melayu kena mengkaji kenapa dahulu masa lampau sebelum Islam perbezaan etnik ujud tetapi umat Melayu menjadi bersatu dalam satu rumpun kaum Melayu yang kuat dan terkenal.
Mempunyai empayar Melayu dan memiliki struktur pemerintahan yang cekap dan dikagumi. Jika sejarah mengatakan Melayu dulu pernah memiliki empayar dan perdagangan dalam erti kata lain, dulu Melayu itu bersatu.
Dulu itu maksudnya sebelum kita mengunakan agama sebagai wadah untuk menyatpadukan orang Melayu.
Cakram: Syarat menyempurnakan diri sebagai manusia
Apakah perbezaan antara Agama Islam dengan Islam? Sejak dulu lagi sebelum ada semua agama iaitu Hindu, Buddha, Kristian dan Islam, telah ujud Islam itulah Cakram iaitu kedamaian, ketenteraman dan kebaikan.
Baikkah kita? Damaikah kita? Tenteramkah kita hari ini ? Sudah pasti tidak tenteram sebagai buktinya Islam dan bangsa Melayu belum bersatu. Itulah buktinya.
Cakram bermaksud:
1. Hati
 Sempurnakan hati kita jangan kita berbohong, dengki, khianat pada hati kita mesti jujur sabar iklas dan luhur.
2. Mulut
 Kita bercakap hanya yang benar sahaja. Kebanyakan bercakap yang bukan-bukan seperti syarahan agama walaupun bagus dalam agama tetapi berlebihan akhirnya orang tak suka dengar ataupun bosan kerana diulang-ulang berkali-kali, itulah penyebabnya.
3. Telinga
 Kita hanya mendengar perkara yang benar. Jika kita gunakan pendengaran yang salah kita terikut-ikut dan akhirnya kita akan rosak sendiri. Seperti tunjuk perasaan, perhimpunan dan rapat umum, suka mendengar orang-orang yang berkepentingan dan akhirnya kita lebur sendiri.
4. Mata
 Penglihatan, Jangan kita menganggap orang yang berpakaian serban orang itu betul dan orang yang tidak berserban itu salah atau tidak tahu.
5. Hidung
 Kalau kita mencium bau yang wangi kita cukup suka dan kalau kita mencium bau yang busuk kita akan menghina.
Perlu diingatkan semua itu berasal dari mana. Siapakah yang mencipta kelima-lima di atas ini?
Islam sudah wujud berjuta-juta tahun dahulu bukan agama Islam. Kebaikan itulah cakram. Cakram (bermaksud) hati, mulut, mata,telinga dan hidung.
Setiap manusia memang sudah memiliki cakram ini. Di masa lampau orang-orang yang mengunakan Islam hidup aman damai sebelum ada segala agama lahir ke dunia ini.
Kalau kita memahami dan mematuhi perihal cakram, dunia akan aman damai keseluruhannya. Penyebab huru-hara dan peperangan adalah kerana tidak memahami cakram.
Sebagaimana contoh sembahyang lima waktu. Bukankah telah terikat pada cakram iaitu hati, mulut, telinga, mata dan hidung. Sucikah hati kita, benarkah kata-kata kita, benarkah kita mendengar perkara yang suci, dapatkah kita melihat perkara yang sejati iaitu apa yang kita lihat itulah yang kita katakan, adakah kita mencium bau-bauan dengan iklas tanpa membezakan bau iaitu wangi dipuji dan yang busuk kita caci.
Persoalannya bagaimana sembahyang yang kita dirikan tanpa mematuhi cakram yang tersebut tadi. Kalau kita tidak mahu memahaminya apa yang akan terjadi. Renungkanlah sendiri. Penulis bukan seorang sasterawan hanya sekadar meluahkan pandangan.
Kelas pertama
Orang atasan yang suka menyendiri, menghimpun harta dan tak peduli hal orang lain. Orang inilah yang tidak menyusahkan orang lain. Ianya asyik mengumpul hartanya saja.
Tiada masa untuk memikirkan yang lain.Sebagai contoh dia tidak mengikut perhimpunan,tunjuk perasaan atau apa sajalah. Hanya segelintir orang kelas begini tidak peduli orang miskin.
Dalam soal agama orang kelas pertama adalah orang yang ulama yang benar tahu berkenaan Islam dia tidak bising, tidak mengata itu salah ini salah. Jika orang itu tahu lebih sedikit dalam Islam orang inilah yang selalu kacau.
Orang inilah yang sangat merbahaya. Ibarat orang yang makan tak cukup kenyang, kalau kenyang dia tidur nyenyak. Orang inilah menunjuk pandai dan akhirnya menjadi kacau bilau.
Sebagai contoh di radio dan TV hari ini, kebanyakannya hanya faham sedikit saja berkenaan agama, dia tidak tahu samada membosankan atau tidak, dia menceritakan berkali-kali perkara yang sama.
Tidakkah ini membosankan, seolah-olah kita hanya ada cerita itu sahaja tiada yang lain. Tidak bolehkah, ditentukan pada setiap malam jumaat atau hari tertentu saja disiarkan. Bukankah Islam itu suci kenapa hendak disampaikan hari-hari. Akhirnya hilang kesucian itu.
Adakah yang mendengar itu tidak faham sehingga diulang-ulang berkali-kali. Tidakkah ini membosankan. Orang-orang yang bercakap tentang agama Islam dibayar gaji dan tidak susah, cukup makan dan kadang-kadang berlebih-lebihan.
Sedangkan orang kelas ketiga yang mendengar pulak esoknya perlu bekerja untuk mencari duit. Adakah patut keadaan yang sebegini, orang atasan yang dibayar gaji dengan orang kelas ketiga yang mendengar dan besok perlu berkerja.
Dalam soal kuasa setiap orang ingin berkuasa tapi mesti diingat kurang kuasanya kuranglah zalimnya. Jika dia berkuasa lebih, lebihlah zalim. Orang yang berkuasa tidak tahu istilah susah.
Begitulah seperti yang diceritakan di atas orang yang tahu dalam soal agama tidak susah, orang kurang faham dalam agama, orang inilah mudah dipengaruhi dalam agama yang bukan-bukan seperti tuntutan ilmu yang bukan-bukan. Begitulah nyatanya.
Kelas kedua
Orang kelas menengah suka memijak kepala orang lain (golongan orang pertengahan selalunya orang kelas ini berkepentingan diri).
Kelas ketiga
Orang Kebanyakan seperti buruh, petani, nelayan, perkerja bawahan. Golongan ini suka mengata-ngata, ambil tahu hal orang lain dan mudah dipengaruhi (golongan bawahan) oleh orang yang berkepentingan diri.
Cukup-cukup makan, kadang-kadang tak cukup makan. Golongan ini selalu menjadi mangsa yang berkepentingan diri untuk membuat kacau, perhimpunan haram atau tunjuk perasaan.
Mudah dipengaruhi dan selalunya menjadi mangsa yang menerima akibatnya, samada melalui tindakan undang-undang ataupun peluang mencari sumber pendapatan terjejas. Semua ini siapa yang nak disalahkan ?
Kelas keempat
Orang bawahan yang tak cukup makan dan tak peduli hal orang lain.
Setelah sempurna sebagai manusia yang memahami cakram barulah manusia menuju ke arah kesucian ataupun ketuhanan. Manusia yang sempurna tidak akan menjadikan punca masalaah kepada manusia yang lain.
Cakram jua ada menceritakan dengan terperinci kelas pemikiran manusia dari ekonomi, agama dan kekuatan akal.
Golongan kelas ketiga dari segi agama ialah orang yang selalunya berlebih-lebih mudah dipengaruhi, manakala dari segi ekonomi pula mudah diperdayakan oleh golongan yang berkepentingan diri seperti dari golongan kelas atasan.
Tunjuk perasaan, protes jalanan adalah simbol cermin bangsa dan negara bagaimana golongan kelas atasan memanipulasikan golongan kelas ketiga yang sentiasa mudah di pengaruhi.
“Ibarat air di dalam bekas tertutup kalau dia tidak penuh tentulah air itu bergoncang (berkocak) kalau penuh air didalamnya tidak berkocak”
Kalau orang ada kekuatan ekonomi yang cukup ianya tidak mudah masuk angin diperdayakan orang atasan yang berkepentingan diri. Orang kelas inilah (kelas bawahan) yang digunakan oleh orang yang berkepentingan diri.
Begitu jugak halnya dengan agama. Orang yang tahu islam tapi tidak mempunyai pengetahuan dan pemikiran yang halus orang inilah yang membuat kacau.
Di maklumkan sekali lagi apa itu maksudnya cakram:
1. Subuh – hati sempurnakan hati kamu jujur dan iklas
2. Zohor – mulut bercakap apa yang patut disuarakan terutamanya syarahan agama jangan ketelaluan, menambah-nambah dan berlebih-lebih ianya bakal merosak kerohanian insan.
3. Asar – mata hendaklah dijaga, jangan mudah terpedaya dengan pemandangan seperti pemakaian, kekayaan, harta benda dan darjat itu bukan contoh yang terbaik.
4. Maghrib – Telinga. Jangan kita mudah mendengar orang-orang yang berkepentingan diri sendiri mengunakan orang yang kurang berpengetahuan. Jangan mempengaruhi
5. Isyak – Hidung. Yang wangi dan yang baik sahaja dipuji sedangkan yang tidak wangi itu dianggap tidak betul atau pun disalahkan.
Semua syarat di atas adalah untuk mendidik supaya manusia itu berakhlak baik dan berbudi pekerti.
Agama itu bukan atau untuk sesorang itu menjadi kaya tetapi menuntun agar manusia berakhlak baik dan berbudi perkerti. Berbudi pekertikah kita?
Jika dipatuhi dan dituruti orang islam akan damai tidak ada kata mengata, dengki khianat dan sebagainya. Inilah yang dikatakan Islam sejati bukan senantiasa kafir mengkafirkan antara satu sama lain.
Perbuatan mengkafirkan sesama sendiri itu bukan Islam. Sebab itulah Islam kalau ini dipatuhi akan aman damai penduduk Malaysia keseluruhannya. Sebab agama lain pun mematuhi cakram ini. Kenapa orang Melayu tidak mahu memahami? Inilah persoalan pokoknya!
Di dalam negara kita wujud banyak NGO Islam, Persatuan Islam dan Jabatan Kerajaan berkenaan urusan agama Islam di antaranya adalah seperti berikut:
Organisasi bukan kerajaan dan persatuan berkenaan perjuangan Islam di Malaysia seperti contoh, Abim, Salam, Yadim, Pertiwi, Isma dan banyak lagi
Jabatan kerajaan ataupun Institusi di bawah naungan Kerajaan yang terlibat secara langsung dalam hal ehwal agama Islam sebagai contoh, Jakim, Jawi, Jawhar, Ikim, LKPIM dan mungkin banyak lagi.
Banyak peruntukkan telah dilaburkan untuk menghidupkan organisasi ini melalui perbelanjaan negara. Organisasi dan pertubuhan ini kebanyakannya ditadbir oleh orang Melayu yang berkelulusan tinggi dalam agama Islam.
Mereka boleh dikatakan di antara umat Melayu yang sangat arif tentang agama Islam di Malaysia. Setelah banyak wang dan masa dilaburkan melalui badan-badan tersebut dan ahli atau pentadbirnya dibayar gaji yang lumayan, bau-bau penyatuan melayu masih samar-samar.
Malah sesetengah piagam pelanggan Jabatan di atas adalah seperti berikut “perpaduan ummah adalah matlamat teras”, “kemajuan ummah menjadi arah tuju penubuhannya”.
Jika difikirkan bagaimana ummah itu akan maju jika orang Melayu masih belum bersatu. Kenapa jabatan tersebut masih belum berjaya menyatupadukan orang Melayu khususnya Islam.
Walaupun tanggungjawab masih jauh dari selesai tetapi perbelanjaan kerajaan masih tetap dikeluarkan. Tidak adakah orang yang bijak pandai untuk menyatupadukan orang Melayu khususnya Islam.
Untuk apa kita menghabiskan perbelanjaan yang banyak setiap tahun tetapi kita masih belum menyedari masalah sebenar. Malaysia memiliki NGO Islam yang mantap dan sistem jabatan kerajaan bagi hal ehwal Islam yang katanya cekap dan teratur tetapi KENAPA belum ada bukti kearah penyatuan orang Melayu, itu nyatanya! Mungkinkah kita masih belum memahami cakram yang dihuraikan tadi?
Di bawah bagaimana cakram membezakan kelas dan tahap akal manusia
Kelas pertama: Cendekiawan / ulama / umara. Membina bangsa, berbudi perkerti dan akhlak yang baik.
Kelas kedua: Pemimpin kelas kedua / pemikir / cerdik pandai agama. Orang yang mencari harta untuk diri sendiri dan senang kehidupannya, sederhana taraf hidupnya.
Kelas ketiga: Golongan orang kebanyakan / pemimpin bawahan / pekerja dan sebagainya Orang yang suka melatah dan mudah dipengaruhi oleh orang atasan yang berkepentingan diri. Kurang pengetahuan, rendah dalam ekonomi dan ketahanan akal yang nipis.
Ekonomi
Kelas atasan: pemimpin atasan dan ahli perniagaan kaya raya, mewah dan senang lenang. Padahal kemewahannya berasal dari orang bawahan yang bekerja untuknya. Tetapi sayangnya orang bawahan itu dipandang sebelah mata.
Kelas kedua: Pemimpin pertengahan, professional, kontraktor, dan sebagainya. Sederhana, senang dan cukup makan.
Kelas ketiga: Orang kebanyakan, perkerja, petani, nelayan: Cukup-cukup makan adakalanya diibaratkan tak cukup makan.
Agama
Kelas atasan: Ulama, Orang atasan yang sedikit faham agama dan seumpamanya; Hidup senang lenang, kaya raya dan berpengetahuan.
Kelas kedua: Penyebar berita-berita agama, ustaz dan ustazah, orang berlindung dalam agama selalu mengambil kesempatan, dan sebagainya; Sederhana ilmu pengetahuan dan adakalanya mewah, cukup makan.
Kelas ketiga – Orang awam yang kurang memahami tentang agama, tak berapa faham soal agama tapi dia memandai-mandai seolah-olah macam tahu agama inilah yang merosakkan diri sendiri dan mudah dipengaruhi – ibarat tidak memahami dan tak berpengetahuan; Kehidupan cukup-cukup makan adakalanya tak cukup makan. Kebanyakannya di paras kemiskinan.
Cakram sebenarnya adalah salah satu diantara beribu-ribu rahsia Islam sejati dalam mencari kesempurnaan hidup manusia.
Pengetahuan yang sebegini telah lama lenyap dimakan dek zaman kerana perbuatan manusia itu sendiri. Marilah kita sama-sama renungkan tulisan di atas yang sangat sederhana dan kembali ke fitrah kejadian manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Sebagai manusia hendaknya sesorang itu menjadi sopan santun dan sempurna dan mempelajari cara menghormati orang lain sebagaimana semestinya.
Kita hendaklah menghindari dari memperlakukan diri sebagai pemuka agama hanya untuk mendapat nama yang wangi dan kemashyuran.
Jangan kita kelak menjadi sumber kecemasan bagi orang lain, baik dengan tindakan badannya dengan fikirannya walaupun dengan kata-kata.
Madah pujangga ada berkata;
“Tingginya martabat sesorang itu terletak dihujung lidahnya bukan di kata-katanya. Kataku adalah perbuatanku, perbuatanku adalah tanggungan ku itulah cermin masyarakat. Tingkah laku dan perbuatan seseorang adalah cermin bangsa dan masyarakat.”
Wahai orang Melayu dari segenap golongan dan pelosok bangsa marilah bersatu demi untuk Malaysia.
Akhir kata saya ingin pinjamkan sastera pendeta purba zaman silam untuk renung semua;
“Apabila sang saka lahir ke zohirnya. Setelah timbul maka lenyap kembali. Orang yang dapat mengendalikan diri tak akan membenci, membuang kebencian dan hayalan akan terhindar dari kejahatan. Ilmu jika berlandaskan kasihsayang, dia akan menjadi lembut dan mengingatkan. Ilmu jika berlandaskan kekasaran dia akan menjadi keras dan merosakkan. Sesungguhnya di atas gunung masih ada langit dan di atas langit masih ada langit… insafilah!” TMI
Oleh: Kapal Besi

Tiada ulasan: