SPECIAL ADS

17 Mac 2014

MH370 disembunyi di pangkalan AS di Diego Garcia?


17 Mac  : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang masuk hari kesembilan hari ini dipercayai telah 'disembunyikan' di Diego Garcia, pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
Menurut portal Cabal Times, sekiranya spekulasi pesawat itu terbang ke pangkalan tentera AS di Diego Gracia adalah benar, radar Indonesia sudah pasti mengesan kedudukan pesawat tersebut.

Namun, persoalannya Indonesia yang dipercayai negara terlibat dalam gerakan 'rahsia globalisasi' atau pakatan Barat yang mempunyai agenda tertentu, sudah pasti berdiam diri tentang apa yang mereka kesan pada radar mereka, dakwa portal itu.

Portal itu membuat spekulasi itu berdasarkan laporan media yang menyebut walaupun pesawat itu dikesan terputus hubungan dengan radar pada pukul 1.22 pagi Sabtu lalu namun ada pihak mendakwa pesawat itu masih boleh dihubungi lagi beberapa jam selepas itu selagi enjinnya hidup.

Sejurus selepas transponder pesawat dimatikan, MH370 dipercayai membuat pusingan-U dan didakwa melintasi Malaysia menghala ke Diego Garcia.

Menurut portal itu, sekiranya pesawat mengalami masalah teknikal, juruterbang seboleh-bolehnya akan cuba mendarat dengan selamat di laut dan tidak akan berpatah balik ke Malaysia.

Persoalannya, mengapa tiada pihak yang mendedahkan tentang kedudukan MH370 berada di Diego Garcia?
Ia mungkin kerana kakitangan di pangkalan tentera AS di Diego Garcia mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk tidak bertanyakan soalan dan 'menutup mata' tentang apa yang mereka lihat di radar.
Sementara itu, Cabal Times dalam laporannya mendakwa mengapa AS melakukan 'rampasan pesawat' itu adalah kerana MH370 membawa sejumlah besar rakyat China dan AS mahu mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur dan Beijing. - AGENSI

Tiada ulasan: