10 Mac: Melihat perancangan Umno-BN bagi menyerang Pakatan Rakyat, tidak ada lagi ruang untuk bertolak ansur dengan mereka, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka (BN) menggunakan pelbagai penipuan dan fitnah untuk mengekalkan kuasa.
“Kini bukan lagi masa untuk berlembut dengan kerajaan Umno-BN yang semakin zalim dan pembohong.
“Rakyat mesti sokong Pakatan Rakyat untuk menentang kezaliman Umno-BN dengan membalas serangan mereka,” kata Anwar ketika berucap di hadapan lebih lima ribu hadirin yang membanjiri tapak ceramah Jalan Tenggiri, Seberang Jaya, semalam
Kata Anwar, rakyat tidak boleh lagi membiarkan kezaliman, gelagat jahat dan zalim pimpinan Umno-BN.
Tambahnya, Umno-BN kini ‘bermain kasar’ apabila menggunakan mahkamah untuk menghalangnya bertanding di pilihan raya DUN Kajang.
Anwar turut mengulas perbicaraan tuduhan hasutan keatas Pengerusi DAP, Karpal Singh yang akan diputuskan esok.
“Mereka menyalahgunakan kuasa dengan menjadikan mahkamah sebagai alat untuk mengekang kemaraan Pakatan Rakyat.
“Selepas penamaan calon PRK Kajang, Pakatan akan berarak ke Mahkamah Tinggi bagi menunjukkan sokongan moral kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana penyalahgunaan kuasa Umno-BN.
“Kita sudah tidak ada masa lagi untuk berlembut dengan mereka. Umno-BN mesti ditentang habis-habisan, ” ujar beliau lagi.
Tambahnya, Pakatan Rakyat mengambil keputusan tegas apabila membuat keputusan hanya akan hadir pada hari pertama persidangan parlimen sebagai taat setia kepada Yang Dipertuan Agung.
“Jika kita telah lancarkan ‘perang’ terhadap Umno-BN, kita mesti berperang habis-habisan demi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa seperti yang mereka lakukan terhadap pimpinan Pakatan,” kata Anwar disambut laungan reformasi dan takbir hadirin. KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan