SPECIAL ADS

31 Mac 2014

RISIKO KPF SELEPAS MELEPASKAN SAHAM DALAM FHB

Terlanjur berbicara mengenai KPF, saya cuba meramalkan apakah risiko yang akan berlaku kepada KPF selepas melepaskan saham dalam FHB. Jika apa yang diperkatakan oleh saya ini dianggapkan sebagai risiko, ALP KPF perlu memikirkan langkah menampannya (mitigated). Jika dinilai apa yang dicakapkan ini sebagai orang berfikiran negatif, tidak perlulah diambil apa-apa tindakan hanya sekadar luahan perasaan bimbang sahaja.

Dasar penubuhan koperasi adalah untuk kebajikan ahli. Berasaskan dasar ini, amat jarang koperasi memberikan diveden yang tinggi kepada ahli kerana keuntungan bukan wang yang ahli peroleh. Begitulah dasar penubuhan KPF yang mana saham terbesar dalam syarikat yang terlibat dalam peniagaan yang menambah nilai pengeluaran peneroka (value added) dan sebagai contohnya saham terbesar dalam FPISB dipegang oleh KPF. Pelepasan saham KPF dalam FHB bermakna kopeasi ini telah mengalami satu transformasi di mana faedah bukan wang peneroka dan ahli telah tiada.tidak diperoleh. Keadaan ini memberikan implikasi bahawa KPF telah menjadi sama seperti agensi pelaburan yang lain. Risikonya,
(1) ahli akan menuntut bayaran diveden yang tinggi.


(2) Ahli tidak mengtransformasikan pemikiran mereka merasakan kepentingan yang berkaitan dengan pengeluaran bidang usaha mereka akan tergugat. Oleh itu, kepada ahli yang bukan peneroka, mereka menjadikan KPF sebagai tempat pelaburan mereka, sudah tentu akan menuntukan dividen yang lebih, jika tidak, mereka akan memindahkan pelaburan mereka kepada agensi pelaburan yang lain. Begitu juga peneroka yang telah mengtransformasikan pemikiran mereka dengann menganggap KPF sebagai badan pelaburan. Jika peneroka tidak mendapatkan dividen yang tinggi, sudah pasti mereka akan memindahkan pelaburan ke agensi lain.

Jika keadaan ini berlaku risiko utama yang akan dihadapi oleh KPF adalah kekurangan wang untuk pelaburan berikutnya.

Risiko yang mungkin dihadapi oleh KPF setelah melepaskan pegangan saham dalam FGH

Saya difahamkan KPF akan menggunakan wang hasil jualan saham dalam FHB untuk melabur dalam FIC (Felda Investment Cooperation). FIC akan menerima suntikan modal dari KPF dan KPF2 dengan pegang yang mungkin 51% dan bakinya saham dipegang oleh Felda. Dalam MoA FIC tidak diketahui sama ada wujud "Golden Share" (Biasanya nilai Golden Share ini RM1.00, tetapi mempunyai kuasa yang besar. Pemegang Golden Share behak untuk melantikk pengerusi sesebuah syarikat itu). Dalam kes FIC kita pun tidak tahu siapa pemegang Golden Share ini. Kesan Golden Share ini ada baik dan ada buruknya.

FIC dijangka akan melabur dalam sektor hartanah seperti pembelian hotel, tanah dan ladang. Pelaburan dalam hartanah ini mempunyai dua sumber keuntungan iaitu, kenaikan nilai hartanah itu dan keuntungan operasi. Keuntungan operasi tidaklah begitu besar dan keuntungan nilai harta tanah pula tidak memberikan kesan kepada ahli koperasi sehinggalah nilai asset dan saham dalam syarikat itu melakukan "unlock value"

Kesan pelaburan dalam hartanah ini kepada ahli adalah keuntungan yang sedikit akan memberikan diveden yang sedikit kepada ahli. Kenyataan ini berasaskan dividen diagihkan berdasarkan keuntungan operasi bukannya keuntungan hasil peningkatkan niai hartanah (isu ini pernah diperbincangkan dengan hebat dalam Mesyuarat Agong Kotani, koperasi Kementerian Pertanian Malaysia). Keuntungan hanya diperoleh sekiranya syarikat membeli hartanah yang telah sedia untuk diguna seperti bangunan yang telah siap atau ladang yang telah berhasil.

Dalam keadaan ini, ALP KPF perlu menilai rancangan niaga FIC. Menilai kombinasi pembelian hartanah yang sedia beroperasi dengan hartanah yang lewat mendapatkan keuntungan. Jika kombinasi ini tidak begitu baik, sudah tentu keuntungan KPF menjadi kurang dan dividen kepada ahli juga rendah. Keadaan ini pernah dialami oleh KOSMA, KBI dan beberapa buah koperasi lagi.

Satu lagi rsiko melabur dalam hartanah adalah nilai hartanah biasanya mudah dipengaruhi oleh spekulasi yang sengaja digambar oleh penjual harta sebagai berpotensi, tetapi dalam realitinya tidak begitu

Keadaan ini merupakan risiko yang akan dihadapi oleh KPF dan kita sebagai ahli berharap ALP KPF memikirkan dan menilaikannya sebaik mungkin. BEGITULAH PERJALANAN KOPERASI SETIAP AHLI TIDAK KIRA BERAPA NILAI SAHAMNYA, IA MEMPUNYAI SATU SUARA. JIKA SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD ATAU BERHAD, SIAPA BESAR PEGANGAN SAHAMNYA, MAKA IA BEROLEH LEBIH SUARA DALAM MESYUARAT AGONG.

Berdasarkan respons dari kekawan FB kepada pendapat yang saya muatkan dalam ruang ini, saya menyimpulkan ahli KPF berada dalam keadaan kebimbangan. Bimbang mengenai keuntungan atau deviden yang akan mereka diperoleh. Kebimbangan ini menyebabkan mereka cuba untuk mencari maklumat yang sahih dan tepat. Dalam mencari maklumat ini, saya kesan beberapa ketogeri ahli KPF :-

(1) mereka tidak mahu bersusah payah untuk mencari agensi untuk dilaburkan wang mereka. Mereka tidak mahu mengambil risiko dengan memindahkan wang caruman ke dalam KPF untuk dilaburkan ke tempat lain.Mereka ini sentiasa berharapkan KPF akan terus memberikan keuntungan yang baik.

(2) Mereka yang begitu yakin KPF tidak akan memberikan keuntungan yang baik. Mereka telah pun mengeluarkan saham mereka.

(3) Kumpulan yang sedang mencari maklumat mengenai KPF dan belum membuat apa-apa keputusan. Saya merasakan majoriti ahli KPF berada dalam kategori.

Dalam keadaan ALP KPF perlu sedar, ahli dalam katogeri 3 akan menyertai ahli dalam katogeri 3, sekiranya mereka mendapat banyak maklumat mengenai masa depan yang buruk mengenai KPF. Saya menyarankan kepada ALP KPF perlu memberikan maklumat yang jelas kepada semua ahli mengenai pelaburan dalam syarikat-syarikat.Kalau semasa memohon mandat untuk melupuskan saham KPF dalam FHB, ALP sanggup pusing satu Malaysia untuk memberikan penerangan, mengapa pula dalam hal ini mereka tidak sanggup.

Mungkin ada kekawan menanyakan apakah pandangan atau pendirian saya mengenai pelaburan saya dalam KPF... Insya Allah akan saya sampaikan kepada semua dalam masa beberapa hari lagi.


Syed Abdullah Syed Hashim

Tiada ulasan: