SPECIAL ADS

14 Mac 2014

Di Kajang, perkauman masih jadi isu utama

Dua calon wanita berbeza kaum daripada BN, Datin Paduka Chew Mei Fun (kiri) dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail.
15 Mac : Isu bangsa dan kaum sekali lagi hadir dalam politik dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, mungkin berdepan dengan keputusan luar jangkaan.
Barisan Nasional, yang mencipta paradigma komuniti kebangsaaan dengan satu parti untuk setiap bangsa dan setiap orang kepada bangsa-partinya, kini konsep itu dilihat digunakan menentang parti itu sendiri.
Sementara Pakatan Rakyat, yang bangga menjadi parti tanpa mengira bangsa kini menerima sokongan daripada masyarakat Melayu Islam, sedar atau tidak, disebabkan bangsa calonnya.
BN meletakkan Datin Paduka Chew Mei Fun daripada MCA untuk menentang calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Pengundi Melayu Islam yang mahu berhenti menyokong BN dikatakan mereka tidak selesa menyokong calon Cina berbanding calon Melayu Islam.
Aktivis dan pemimpin BN mengesahkan wujud pemikiran sedemikian di kalangan penyokong di Kajang, dan berkata pengundi berkenaan bercadang untuk tidak keluar mengundi pada 23 Mac.
Aktivis Pakatan juga secara diam-diam mengakui bangsa Dr Wan Azizah adalah bonus untuk kempen mereka. Ini amat dialu-alukan kerana parti itu berdepan masalah menarik sokongan kaum Melayu Islam.
Paradoks itu membayangkan bagaimana sukarnya untuk kedua-dua pakatan untuk meletakkan idealogi yang melangkaui etnisiti. BN melihat politik perkauman yang berdekad lamanya kembali untuk meracun peluangnya dalam pilihan raya kecil itu.
Persepsi pengundi BN juga mempertikaikan hasil cercaan Umno terhadap masyarakat Cina yang menolak BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Kata-kata yang menyakitkan hati terhadap masyarakat itu menyebabkan penyokongnya sendiri tidak mempercayai Cina Malaysia.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, menafikan perkara itu dalam ucapannya di salah satu lokasi kempen Chew.
“Ada yang bertanya mengapa sokong Cina berbanding Melayu? Melayu atau Cina tidak boleh tadbir negara secara sendirian. Kita perlu sokongan satu sama lain,” katanya.
Tetapi Tajuddin kembali kepada cara lama Umno mengenai keulungan Melayu apabila bercakap bagi pihak Chew.
“Jangan ingat hanya kerana Wan Azizah Melayu dia bekerja untuk kebajikan orang Melayu. Dia menyakiti orang Melayu. Sama seperti (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, dia masuk gereja. Dia membayakan Melayu dan Islam.
“Chew Mei Fun tidak seperti itu. MCA sokong Melayu Islam,” kata Tajuddin, dalam ucapannya pada majlis Tekun Nasional di hotel Oriental Crystal.
Chew sendiri “sedikit risau” berhubung fakta penyokong BN sendiri mempunyai masalah membezakan antara etniknya dan statusnya sebagai calon BN.
“Tidak mengapa untuk mengaitkan diri dengan komuniti anda tetapi kita perlu berkhidmat untuk semua komuniti sebaik sahaja dipilih,” katanya ketika ditemui.
“Saya sendiri berjanji untuk menjadi jambatan antara komuniti jika saya dilantik,” katanya merujuk kepada senarai ikrarnya yang digunakan untuk memasarkan dirinya di kalangan pengundi.
Tetapi pada satu tahap lain, Chew percaya pendepanan etnisitinya juga perlu kepada kempennya, walaupun bukan dengan cara yang difikirkan penyokong BN berbangsa Melayu.
Salah satu janjinya ialah beliau akan aktif periksa dan imbang terhadap kerajaan negeri. Asasnya ialah, beliau akan menjadi pemantau kepada kerajaan negeri dengan cara yang sama wakil rakyat Pakatan lakukan kepada pentadbiran persekutuan BN.
Selaras dengan itu, beliau mahu mengimbangkan 12 wakil rakyat daripada pembangkang yang pada masa ini semuanya orang Umno. Dua wakil rakyat daripada MCA ditolak apabila kalah dalam PRU13.
“Saya percaya pembangkang perlu mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia. Jika kerajaan daripada satu bangsa manakala pembangkang adalah satu bangsa lain, ia tidak sihat.
“Setiap bahagian perlu jadi pelbagai bangsa,” kata Chew.
Pandangan itu mencerminkan kebenaran mengenai bagaimana masyarakat Malaysia berkait dengan ahli politik mereka. Maka, bagi kebanyakan pengundi, bangsa ahli politik masih lebih penting berbanding nilai etika dan pencapaiannya. TMI

Tiada ulasan: