SPECIAL ADS

15 Disember 2013

'Jenayah' culas ekonomi bukan sekadar retorik

16 Dis : Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata keadaan ekonomi yang kucar-kacir sekarang berpunca dari keculasan kerajaan BN dalam pentadbiran ekonomi.

Malah menurut beliau, bukan satu perkara retorik apabila menyalahkan BN yang terus terang 'merosakkan' keadaan ekonomi hingga rakyat terbeban di negara ini.

NONE"Sekarang ini kita lihat ringkasnya, inilah dia kecurangan, pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya mengagihkan semula kekayaan tetapi sebaliknya mengizinkan kroni menghimpun segala kekayaan. 

"Dan ini jenayah paling berat dosa yang dilakukan kerajaan BN dan ini bukan retorik," kata beliau dalam forum "Apa yang salah dalam ekonomi kita" anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

Dzulkefly turut menyelar syarikat berkaitan kerajaan dan milikan kroni yang sepatutnya membantu dalam pengagihan kekayaan rakyat sebaliknya mengaut keuntungan untuk diri sendiri.

Beliau memberi contoh syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang menurutnya wajib mengimbangi khidmat kepada rakyat sebagai ‘pemilik' sebenar berbanding perhitungan keuntungan semata-mata.

Malah cubaan monopoli boleh syarikat milikan kroni atau GLC sendiri langsung tidak membantu rakyat menghadapi masalah kenaikan kos.

"Kenapa Bernas ditubuhkan? Antara lain untuk pengagihan kekayaan, sama juga dengan Felda.

"Asalnya GLC seperti ini adalah untuk pengagihan semula kekayaan di negara kita ini, mereka melakukan semua perkara ini untuk memacu ketamakan," kata beliau.

20% elitis kuasai 40% kekayaan
Sementara itu, seorang lagi panel Boon Kia Meng turut mengkritik GLC yang dikuasai satu kelas usahawan yang berkait rapat dengan parti utama pemerintah.

Beliau berkata polisi parti pemerintah itulah membuat ketidaksamarataan dalam pengagihan kekayaan di negara ini.

turun klscah forum event economy 161213 boon kia meng"Di negara ini, 20 peratus elitis menguasai 40 peratus dari keseluruhan kekayaan manakala 40 peratus yang terbawah hanya menguasai lebih kurang 18 peratus dari keseluruhan," kata beliau.

Boon (kanan) turut memberi contoh Khazanah, GLC pelaburan strategik yang dikawal kerajaan dan mempunyai syer dalam pelbagai industri dan syarikat seperti TNB, Astro, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan CIMB.

"Yang menariknya, banyak syarikat yang naik harga macam tol, elektrik, semua di bawah Khazanah. Khazanah ialah cabang pelaburan untuk manfaatkan kebajikan rakyat, tapi sekarang mereka ambil balik (kekuatan) dari kerajaan," kata beliau.

TURUN sebelum ini memulakan kempen mereka dengan membuat himpunan protes aman di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu.

Gabungan beberapa kumpulan NGO dan mahasiswa melancarkan gerakan mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat yang makin tinggi selepas pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Antara tuntutan mereka, menstruktur semula subsidi, menangguhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mendedahkan perjanjian konsesi tol dan memecahkan monopoli perniagaan sedia ada. MK

Tiada ulasan: