SPECIAL ADS

9 Disember 2013

Pengurus Felda Bakal Disaman


Pertemuan dengan Wakil2 peneroka dan Gen 2 Kawasan Ulu Selangor di Pusat Khidmat Masyarakat Felda Sg Tengi malam tadi. Turut hadir YDP PAS Kawasan, Hj Idris, Ketua Kampung Felda Sg Tengi, Tuan Hj Selamat dan wakil JKKK.

Antara rumusan perbincangan:-

1. Seorang pengurus Felda akan disaman dalam masa terdekat kerana mengetuai komplot menyekat dan melakukan huru hara terhadap program anjuran JKKK. Segala dokumen telah pun disiapkan untuk tindakan susulan lawyer,

2. Penubuhan Jawatankuasa Khas menangani isu perumahan Gen 2, Tanah Felda Sg Tengi Selatan dan Kg Sungai Buaya,

3. Seminar Halatuju Felda peringkat Parlimen Ulu Selangor bakal diadakan pada bulan Februari 2014. Resolusinya akan dipersembahkan kepada YAB Menteri Besar Selangor untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.

Tiada ulasan: