SPECIAL ADS

25 Disember 2013

Menteri tolak sokongan BN merosot akibat peningkatan kos sara hidup 2014

26 Dis : Rakyat Malaysia akan berhadapan dengan tahun 2014 lebih mahal yang berkemungkinan menyebabkan Barisan Nasional  (BN) kehilangan undi lebih besar sehingga ahli-ahli parlimen kerajaan menggesa sesuatu dilakukan akan tetapi seorang menteri mengatakan ianya merupakan masalah kecil.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek (gambar) menolak hasil kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang mengatakan sokongan terhadap BN akan terjejas dalam pilihan raya akan datang akibat siri kenaikan harga barang.
"Kami pernah mengalami masalah yang lebih besar daripada ini (kenaikan kos) dan berjaya selesaikannya," kata menteri tersebut kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur dan menambah, “semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri tentang kerajaan, tetapi percayalah, banyak yang sedang dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat.” 
"Kami sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi kesan kenaikan harga... kami mempunyai makmal kajian untuk menjalankan kaji selidik dan pegawai saya sentiasa bersedia," kata ahli parlimen Kuala Pilah itu lagi. 
Kaji selidik UMCEDEL pada Selasa mendapati peningkatan kos sara hidup ekoran kenaikan beberapa barangan seperti minyak dan tarif elektrik akan memberikan kesan terhadap prestasi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2018.
Kebanyakan kenaikan harga akan bermula pada 1 Januari 2014.
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan kadar 6% akan mula dilaksanakan pada April 2015 menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
Umcedel semasa membentangkan hasil kajian mereka pada Selasa. Gambar fail.Umcedel semasa membentangkan hasil kajian mereka pada Selasa. Gambar fail.Beberapa kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi menyebabkan BN hilang banyak kerusi sekaligus majoriti tradisi dua pertiga serta beberapa buah negeri pada pilihan raya 2008.
BN masih lagi belum “sembuh” dalam pilihan raya 5 Mei lalu sebaliknya kehilangan lagi tujuh kerusi walaupun berjaya merampas kembali Perak dan Kedah.
Ini menyebabkan rakan-rakan Hassan lain mendesak Putrajaya melakukan sesuatu dan mengambil serius dapatan kajian UMCEDEL.
“Jika itulah kehendak rakyat, kita perlu berusaha keras untuk menangani perkara tersebut," kata ahli parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. 
Katanya, menangani peningkatan kos sara hidup jelasnya merupakan agenda utama dalam manifesto BN untuk pilihan raya 2013, dan Putrajaya perlu menubuhkan jawatankuasa peringkat kabinet untuk mengkaji isu tersebut. 
"Apabila pendapatan boleh guna rakyat semakin berkurangan, ia menunjukkan seolah-olah kerajaan gagal mensejahterakan kehidupan rakyat," katanya.
Beliau bagaimanapun turut menegaskan, pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) juga tidak mempunyai penyelesaian terhadap perkara itu, sebaliknya menggunakan isu berkenaan demi kepentingan politik. 
"Yang nyata, pembangkang juga tiada solusi. Bangkang dan bantah itu mudah. Penyelesaian? Mereka hanya gunakan situasi utk kepentingan politik," katanya. 
Nur Jazlan mengatakan jika rakyat rasa tertipu sudah pasti mereka akan marah. Gambar fail.
Nur Jazlan mengatakan jika rakyat rasa tertipu sudah pasti mereka akan marah. Gambar fail.Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed turut menyokong dapatan kajian UMCEDEL, dan menegaskan Putrajaya seharusnya "berterus-terang" dengan rakyat dan mengumumkan segala berita negatif seperti kenaikan kos sara hidup secara serentak. 
"Lebih baik kerajaan berterus terang, apa lagi masalah negatif yang akan timbul dan menjejaskan rakyat, beritahu satu-satu.
"Rakyat jadi marah. Bukan sebab kenaikan kos, tetapi sebab kerajaan sudah tipu mereka," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Pulai. 
Beliau turut melihat manifesto atau akujanji BN dalam pilihan raya lalu mengandungi janji-janji yang tidak realistik dan bertentangan dengan keadaan dan realiti semasa.
"Nak buat rumah PR1MA, sejuta dalam tempoh lima tahun, belum pernah ada dalam sejarah negara," katanya.
Beliau merujuk kepada program Perumahan Rakyat 1 Malaysia kerajaan untuk membantu pemilik rumah kali pertama yang menarik lebih 250,000 pemohon. 
PR1MA sudah meluluskan 15 projek perumahan mampu milik untuk dibangunkan di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
Dalam Bajet 2013, kerajaan memperuntukkan 500,000 rumah mampu milik dibina PR1MA menjelang 2018.
"Kalau kita tengok, kerajaan buat manifesto yang 'kurang munasabah' itu pun undi popular dah turun, ini menunjukkan kos kenaikan harga barang bukan punca utama sokongan kepada BN menurun, tetapi rakyat marah.
"Bila rakyat rasa kena tipu, kita buat apa pun tak guna. Kerajaan perlu jelas dan terus terang,” kata Nur Jazlan. TMI

Tiada ulasan: