SPECIAL ADS

31 Disember 2013

Hotline Juham untuk kes tangkapan Himpunan Turun


31 Dis : Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) menyediakan 3 talian hotline berikut bagi memudahkan urusan kepada sesiapa yang ditahan atau ditangkap sebelum, semasa atau selepas himpunan Turun pada malam ini.

Pengarahnya, Noorazmir Zakaria memberitahu talian itu ialah 016-6341133, 016-6345544 dan 016-6346633.

“Untuk panduan kepada sesiapa yang ditahan atau ditangkap atau yang mengetahui orang sekeliling yang ditangkap, adalah dinasihatkan supaya menghantar SMS sahaja kepada kami bagi mengelakkan kesesakan talian telefon dengan menyertakan butiran berkaitan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, butiran itu ialah nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, lokasi tangkapan dan lokasi di bawa.

Tambahnya, talian hotline Juham akan diaktifkan bermula pada jam 12.00 tengahari ini. HD

Tiada ulasan: