SPECIAL ADS

31 Disember 2013

'Flash mob' bantah kenaikan kos hidup

31 Dis : Dewan Pemuda PAS Selangor hari ini mengadakan 'flash mob' bantahan kepada kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang bakal dihadapi rakyat menjelang esok, 1 Januari 2014.

Flash mob tersebut diadakan di Tol Rasau di sini bermula jam 5.30 hingga jam 6.30 petang tadi diketuai Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi.

Kira-kira 200 orang majoritinya anak muda menyertai flash mob yang berlangsung secara aman itu dengan kawalan pihak polis.

Selain mempamerkan poster bantah, mereka juga turut mengedarkan kalender 2014 yang berlatarbelakangkan barangan dan perkhidmatan yang dinaikkan harga oleh kerajaan BN.

Flash mob itu turut mendapat maklumbalas positif daripada pengguna jalan raya yang turut membunyikan hon ketika melalui tol tersebut.

"Kita menyeru seluruh rakyat terutama anak muda utk bangkit bersama-sama dengan Pemuda PAS bagi membantah kenaikan kos hidup yang menghimpit.

"Flash mob ini akan berterusan ke semua daerah negeri Selangor," katanya. HD

Tiada ulasan: