SPECIAL ADS

16 Disember 2013

Notis Gangguan Bekalan Air Berjadual bermula esok 17 Disember hingga 22 Disember 2013

Ganguan Bekalan Air Di Selangor Dan Ibu Negara
16 Dis : Syarikat Bekalan Air Selangor, Syabas sekali lagi mengingatkan pengguna di Selangor dan ibu negara agar menyimpan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan yang bermula esok sehingga 22 disember ini.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat Dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata ini kerana syarikat itu hanya menyediakan lori tangki kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.
Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air berikutan hentitugas, separa, sementara loji rawatan air sungai selangor fasa 2.
Menurut kenyataan awal yang dikeluarkan oleh Syabas, gangguan bekalan air itu akan bermula 8 pagi esok manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula 9 malam hari yang sama dan berterusan sehingga 8 pagi pada 22 disember.
Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.
Gangguan bekalan air itu akan melibatkan 217,694 akaun pengguna.


NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KLANG/SHAH ALAM DAN KUALA LANGAT

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL DI WILAYAH KUALA LUMPUR, HULU SELANGOR, KLANG/SHAH ALAM DAN KUALA LANGAT 

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan terdapat beberapa kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Klang/Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air sementara akibat kerja-kerja menaiktaraf  sistem bekalan air oleh kontraktor SYABAS dan Pihak Ketiga.

1.  SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-kerja Oleh Pihak Ketiga Bagi Pengalihan Paip SYABAS 450MM dan 800MM Diameter di Jalan Cheras Bagi Cadangan Pembinaan Stesen Minyak Petronas Untuk Tetuan Petronas Dagangan  Berhad
TARIKH/MASA GANGGUAN
15 Mei 2013 (Rabu), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya, 16 Mei 2013 (Khamis)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Kuala Lumpur
Taman Cantik; Pandan Prima; Angsana Hilir; Taman Ikan Tenaga; Taman Ikan Emas; Taman Maluri; Jalan Salak Selatan; Kampung Sungai Kerayong; Pandan Pertama; Taman Ampang Putra; Kampung Pandan Luar; Kampung Pandan Dalam; Jalan Tenteram; Jalan Cheras; Taman Midah; Taman Desa Aman; Taman Rajawali; Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru Bukit A; Sebahagian Kampung Cheras Baru; Taman Cheras Makmur; Jalan Tenteram; Taman Bukit Ria; Taman Bukit Pandan dan   Taman Pertama
Jumlah Akaun Terlibat:  15,809

2.  SEBAB-SEBAB GANGGUAN          
Kerja-Kerja Penggantian Injap Kupu-Kupu 400MM Diameter di Bandar Sungai Buaya
TARIKH/MASA GANGGUAN
15 Mei 2013 (Rabu), 10.00 malam hingga 3.00 pagi keesokan harinya, 16 Mei 2013 (Khamis).
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Hulu Selangor       
Bandar Baru Sungai Buaya
Jumlah Akaun Terlibat:         1,202

3.  SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-Kerja Oleh Pihak Ketiga Bagi Pengalihan Paip SYABAS 375MM dan 1000MM Diameter di Jalan Pulau Indah Bagi Cadangan Menaiktaraf Jalan Lingkaran Pulai Indah Untuk Tetuan Jabatan Kerja Raya (JKR)
TARIKH/MASA GANGGUAN
17 Mei 2013 (Jumaat), 7.00 malam hingga 9.00 pagi keesokan harinya, 18 Mei 2013 (Sabtu)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Klang/Shah Alam
Kampung Pulau Indah dan Port Klang Free Zone (PKFZ)
Jumlah Akaun Terlibat:         1,515

4.  SEBAB-SEBAB GANGGUAN
Kerja-Kerja Penyambungan Paip Baru 700MM Diameter ke Paip Sediada SYABAS 600MM Diameter di Jalan Klang-Banting Bagi Cadangan Meningkatkan Kapasiti Tekanan Air ke Kawasan Sijangkang
TARIKH/MASA GANGGUAN
20 Mei 2013 (Isnin), 9.00 malam hingga 5.00 pagi keesokan harinya, 21 Mei 2013 (Selasa)
KAWASAN-KAWASAN TERLIBAT
Wilayah Klang/Shah Alam
Batu 5 sehingga Batu 6 Black Water Estet 2 Jalan Langat
Wilayah Kuala Langat
Trade Sijangkang; Jalan Besar Sijangkang; Taman Perwira, Sijangkang; Taman             Sijangkang Jaya; Jalan Masjid, Batu 9; Taman Seri Medan; Jalan Gangsa; Jalan Perak;       Jalan Suasa; Jalan Enggang; Jalan Rajawali; Jalan Kasawari; Jalan Merak dan Jalan    Helang
Jumlah Akaun Terlibat:         2,017

Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan>, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan ’facebook’ dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Harap maklum.
SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN.BHD

Tiada ulasan: