SPECIAL ADS

14 Disember 2013

Isu Syiah : Cara UMNO perbodohkan minda Melayu

14 Dis : Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mengecam Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang cuba memperbodohkan rakyat terutama orang Melayu dengan sengaja memperbesarkan isu Syiah sebagai satu ancaman.

Beliau berkata, ancaman sebenar Melayu adalah perhambaan minda daripada tangan pemerintah bangsa sendiri iaitu UMNO/BN.

“Sejak kecil, saya tidak pernah mendengar orang tua kita menyebut mengenai Syiah atau Sunni. Kita hanya menumpu perhatian kepada membetul dan mengukuhkan akidah. Setahu saya selagi orang itu mengucap dua kalimah syahadah, dia tetap Islam. Maka, amat menghairankan perkara ini dijadikan masalah besar.

“Alangkah bodohnya bangsa Melayu jika menerima tuduhan bahawa Mat Sabu itu Syiah semata-mata dia mengkagumi pemerintahan Iran, Ayatullah Khomeini. Bodohlah kita bangsa Melayu kalau membenarkan pemikiran di ‘Zulkifli Nordin-kan’.

“Adakah Zahid antek dan ejen Amerika serta kuasa barat yang sentiasa mencari jalan memecahbelahkan orang Islam? Kita cabar ‘Ustaz’ Zahid keluarkan fatwa bahawa Mat Sabu itu kafir,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, agama dan bangsa bukanlah satu ancaman tetapi ia sengaja terus dimainkan UMNO agar dapat mengekalkan kuasa.

“Yang jadi bahaya ialah perhambaan minda daripada tangan pemerintah bangsa sendiri. UMNO yang menjahanamkan orang Melayu.

“Isu besar orang Melayu bukan agama atau bangsa lain tetapi kebodohan pemimpin Melayu kita (UMNO).

“Ancaman terbesar orang Melayu ialah penghambaan minda. Minda kita jadi begini disebabkan mewarisi beberapa tabiat perangai, kebiasaan lemah dan rendah yang jadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala, beratus tahun lama diabdi dan diperah pemerintah daripada bangsa sendiri,” ujarnya memetik kata-kata Pendita Zaaba pada 1927. -Roketkini.com

Tiada ulasan: