SPECIAL ADS

17 Disember 2013

Syarikat tol untung besar, tidak perlu naikkan kadar

Tidak perlu kenaikan kadar tol kerana syarikat konsesi sudah kaut untung, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.
17 Dis : Putrajaya harus mengadakan rundingan semula berhubung cadangan kenaikan tol kerana syarikat pemegang konsesi tol sudah pun menikmati keuntungan yang besar, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
"Jika Barisan Nasional pandai, mereka boleh turunkan kadar tol dan naikkan jumlah kenderaan. Lebih pun kedua-duanya adalah berkaitan," katanya.
Rafizi berkata, analisis keuntungan syarikat tol adalah seperti berikut:
  • Plus Bhd operator tol di Lebuhraya Utara-Selatan, menerima keuntungan sebanyak 61% dalam 2011.
  • Litrak Bhd, yang menguruskan Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sprint, menerima keuntungan RM180 juta tahun lalu daripada jumlah pungutan tol sebanyak RM369 juta.
Rafizi berkata:"Tidak banyak syarikat di dunia boleh mencapai kadar keuntungan sebelum cukai seperti Plus. Harga penyelenggaraan mereka hanya 6% daripada jumlah pendapatan tol. Ini menunjukkan kadar tol hari ini masih terlalu tinggi."
picture of PLUS @ EXIT TO LIPAT KAJANG TOLL
Berhubung pengumuman Plus mengenai kadar tol tidak akan dinaikkan pada 2015, Rafizi berkata:"Apa yang mereka tidak dedahkan adalah tempoh konsesi sudah pun dilanjutkan."
Beliau berkata, kenaikan harga itu juga bercanggah dengan manifesto Barisan Nasional sebelum pilihan raya tahun ini iaitu pengurangan kadar tol adalah salah satu daripada matlamat mereka.
"Saya berpendapat kenaikan kadar tol yang menjejaskan kebanyakan warga Lembah Klang dan Kuala Lumpur adalah cara mereka untuk menghukum pengundi, " katanya merujuk kepada Barisan Nasional.
Ahli parlimen PKR itu juga mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar susulan kenyataan beliau bahawa mereka yang tidak suka dengan kenaikan ini boleh menggunakan jalan lain, bukan lebuh raya.
"Walaupun dia dibayar jutaan ringgit setiap tahun sebelum ini, dan tidak memahami kesusahan yang warga kelas pertengahan alami dengan kenaikan kos kehidupan, beliau tetap harus lebih sensitif dengan kehendak rakyat sebagai seorang menteri.
"Menteri seperti beliau hanya membuktikan bagaimana Datuk Seri Najib Razak mengasingkan Kabinet dengan hal realiti rakyat,” katanya.
Cadangan kenaikan tol untuk 13 lebuh raya itu adalah berikutan kenaikan harga barangan lain termasuk kenaikan kadar elektrik sebanyak 15% dan kenaikan harga cukai taksiran di Kuala Lumpur. TMI

Tiada ulasan: