SPECIAL ADS

1 September 2014

Ambil iktibar kisah Hang Nadim elak sejarah berulang

hang nadim
KLANG : Rakyat perlu mengambil iktibar Sejarah Melayu Temasik kisah seorang kanak-kanak memiliki kebijaksanaan, Hang Nadim yang dicampakkan ke dalam laut agar tidak berulang.
Penyanyi terkenal 80an, Herman Tino berkata rakyat diingatkan menolak ahli politik tanpa mengira parti politik yang sengaja memberikan laporan salah kepada DYMM Sultan Selangor untuk menjatuhkan individu mempunyai integriti dan kepakaran mentadbir.
“Kita anak Selangor mahukan ahli politik yang pandai bukan yang memandai-mandai kerana beri laporan yang salah.
“Hang Nadim ditenggelamkan dalam laut padahal dia seorang yang pandai, betul? Jangan bunuh orang pandai,” kata beliau dalam Himpunan Gelombang Merah Kuning yang diadakan di Stadium Kota Raja, di sini, baru-baru ini.
Jelas beliau lagi, walaupun Zionis Israel zalim terhadap rakyat Palestin tetapi mereka menjaga rakyat dan pemimpin mereka yang mempunyai kepandaian dalam sesuatu bidang.
“Malangnya orang Melayu dia bunuh orang yang pandai dan sekali lagi saya tegaskan rakyat Selangor mahukan pemimpin yang pandai bukan yang memandai-mandai,” kata beliau. SK

Tiada ulasan: